Wednesday, December 12, 2012

Novel 9 nyawa by Ramlee Awang Murshid

Semalam tanggal 11 dec 2012, aku kebosanan duk umah dgn aleesya...
masak nasi n sup ayam tapi tak berapa nak menjadi...
sudahnya aku bawa aleesya pegi umah family aku...

lepas makan tgh ari aleesya pun tdo...
dan lepas aku main laptop yana jap, aku dah tak tau nak wat pe..

nampak novel yana pnya ni...tajuk dia 9 nyawa...ni bukunya...nampak tajuk mcm menarik..sbb byk novel2 asyik dgn kisah cinta kan..aku dah muak dah dgn kisah2 cinta ni...


so pada pdpt aku ok la best gak layan...

ni sipnopsis dr belakang buku tu :

Sinopsis:
INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

yg lain2 baca la sendiri ek...(mood malas taip panjang2)..ada la beberapa kejutan yg tak disangka2 dlm citer ni....

kalo dibuat drama bersiri pn ok la kan...sbb ada watak yg nampak baik dr mula tp ending rupanya dia ni jahat...

kalo buat drama la kan..aku setuju kalo watak2nya seperti di bawah :-

Intan Suryani : Wawa Zainal (sbb suka tgk kecomelannya dan teringin nak tgk dia bawa watak berat mcm Intan Suryani ni..(Make sure dia ni tak takut kucing sbb nnt ada kena dkt dgn kucing)

Hakim : Erm...Kamal Adli (rasa mcm teringin nak tgk watak dia jadi buta)

Khairil : Nazim Othman (Boleh sesuai tuk jadi baik n jahat) - Khairil ni watak yg kita nampak baik dr mula rupanya jahat ujung2 nya..

Azizah : Nana Baharuddin (Leh jadi watak ibu yg penyayang dan ibu yg obses dgn keselamatan anak dia)

Dr David : Confuse sikit..sapa ek leh jadi watak dr cina last2 convert masuk Islam??

tu je la watak utama yg aku rasa novel ni leh bawa jadi drama bersiri...mesti menarik kan..then masuk dlm slot seram TV 3 tu...sbb mcm ada mistik2 skit citer ni...

Thursday, December 6, 2012

Aleesya jadi kakak???

Syukur Alhamdulillah...penantian membuahkan hasil...

Aku disahkan mengandung oleh doc baru2 ni...
Actually aku tak perasan akan kandungan ni...
sebabnya mmg lately ni period aku tak menentu..
ada masanya 2 bulan tak dtg..ada masanya sebulan 2 kali dtg.
maybe sbb penambahan berat badan aku buat period aku pn tak betul..

so last period aku 17 ogos lepas...
sampai awal bulan 11 aku tak terpk nak pi check ke..
then kwn2 1 opis yg suruh pegi check..
so aku pn beli la upt test tu...skali negatif..so aku pn pk maybe tak de la..
tp pertengahan bulan ari tu aku dah start loya2...
so utk puas kan hati aku pi jmpa pakar...since aku ada sejarah lama kan?

doc scan terus perut..dia nampak ada kantung..so dia ckp aku pregnant..
tp baby tak nampak lg...so aku malas nak berharap tinggi sgt..walaupun dlm hati ni membuak2 gak la nak baby lg..

doc kata maybe awal lg since period aku pn tak betul...
so dia minta dtg 2 mggu lg..

4 dec ari tu pegi balik dan Alhamdulillah...baby dah nampak dan jantung pn berdegup laju..
Alhamdulillah...nampaknya setakat ni semua berjalan dgn lancar..dan semoga semuanya dipermudahkan..Amin...dan kandungan pn dah berusia 8 mggu dan aku dijangka bersalin 13 July 2013

nampaknya aleesya akan jadi kakak..huhuhu...kakak ke kak long ek yg best...?
bila tanya aleesya nak adik ke tak...dia jwb "nanak!"

tp bila aku ckp ada baby dlm perut..dia kiss perut...dia ckp "ayanggg baby"

so tunggu dan lihat je la nnt bila aleesya jadi kakak nnt..hehehe

Thursday, October 18, 2012

Bosannya!!!!

Mcm ni la kalo keje dikelilingi dgn engineer2...huhuhuhu..dah nama pn keje bawah technical director...
bila projek lain masuk, engineer2 tu semua kena anta kat site...huhuhu

kat area tmpt aku ni...aku mmg duduk dlm department yg kesemuanya engineer...
aku kan PA pada technical director..so mmg selain PA, staff2 dia mmg byk engineer la...
bila masing2 dah kena anta kat site atau kena pindah ke site ke..tmpt lain ke..mmg area aku ni jadi sunyi sepi la..

waaaaa....skrg ni faten dah sibuk dgn projek putrajaya...bulan 11 ni konpem kena duk putrajaya...
amal, faizuha, zul n safuan plak dah duduk bawah tgkt 1 sementara nak siap kan sistem..
tapi for sure la lepas ni dorg akan dihantar ke mana2 site sbb dorg sah2 engineer...

cik lah plak dah pindah bilik bawah....
dulu bole gak nak berckp2...ari ni aku rasa mcm dah tak de suara..hahahahaha

alahai..mcm ne la lepas ni...

Wednesday, October 17, 2012

Macam ne nak diet ni???

Kalau nak compare kan berat aku sblm kawen, selepas kawen, sebelum mengandung, selepas mengandung, sebelum kerja dgn company skrg dan selepas kerja dgn company skrg..byk kontra dia...huhu rasa mcm tak sanggup nak tgk badan sendiri...

sebelum kawen berat aku 52kg...pernah mencecah 55kg..pernah gak cecah 60kg..tp lepas tu turun 55kg..
lepas kawen maintain jap 55kg..ada masa turun sikit ke 52kg...ye la..lepas kawen rajin pi jogging sama2...

sebelum mengandung berat aku dlm area 55kg...ada naik 1kg..ada gak turun 1kg..tp mostly 56kg tu kerap la..masa mengandung konpem berat badan naik mendadak...cecah la 68kg...huhuhu

tapi lepas bersalin berat aku turun 60kg...sampai tukang urut tu ckp badan aku turun..still nampak slim lg..huhuhu

cuma lepas aku keje dgn company skrg..berat aku naik mendadak giler2...maybe sbb aku rajin mkn...hahahaha...dan skrg berat aku mencecah 72kg...perghhhhhhhhhhhhh bygkan la...

tak sanggup rasanya nak tgk badan sendiri..especially tang bahu..ramai dah kata lengan aku nampak besar...
dah mcm org body builder...mentang2 la dpt laki body builder kan...huhuhu

nak diet ni sbnrnya atas keinginan sendiri...mcm ne nak diet kalo aku asyik mkn je...dah mcm ne tak mkn..makanan best2..pas tu ada geng plak nak mkn...huhuhuhu...

adoi..pening la pk mcm ne nak diet ni..seboleh2 nya aku cuba utk tidak mkn mlm..tp siang??
pagi mkn..tgh ari mkn..ptg mkn lg..wawawawawa...alahai..tah ler..malas nak pk...hahahaha

Wednesday, August 1, 2012

myMetro | Minum air secukupnya

myMetro | Minum air secukupnya

alahai...alangkah bahagianya kalo dpt susukan aleesya sepenuhnya hari tu... :(


MELAHIRKAN anak adalah satu proses yang sangat menggembirakan, mendebarkan serta penuh mengujakan, apatah lagi bagi ibu yang mampu menyusukan anak sepenuhnya secara eksklusif selama dua tahun.
Namun adakalanya terdapat beberapa halangan yang me�nyebabkan si ibu tidak mampu menyusukan anak sepenuh�nya. Malah ada yang tertekan kerana kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu, tidak kurang pula patah semangat dan hanya melakukannya separuh jalan.
  • FotoSITI NURAZLINA...banyakkan mengambil makanan berkhasiat sepanjang tempoh penyusuan.
Ada segelintir ibu pula bimbang kehadiran Ramadan akan menyebabkan susu kering atau berkurangan. Ditambah pengambilan makanan kurang berkhasiat menambah tekanan dalam menguruskan penyusuan susu ibu. Dalam hal ini, ilmu mengenai penyusuan sangat penting terutama bagi ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Justeru, penting bagi si ibu mengetahui mengenai penyusuan sepanjang Ramadan kerana Islam menggariskan dengan memberi keutamaan kepada ibu untuk berbuka puasa (rukhsah) dalam keadaan tertentu seperti sabda Rasulullah diriwayatkan Anas r.a: “Sesungguhnya Allah s.w.t mengangkat puasa orang bermusafir (boleh berbuka) dan mengurangkan solatnya (qasar) dan diangkat puasa (boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”

Situasi ini adalah untuk ibu menyusu yang risau susunya berkurangan dan tidak cukup untuk keperluan anak. Jadi, harus untuk ibu menyusu berbuka puasa apabila mendapati susunya berkurangan daripada biasa.

Menurut Siti Nurazlina Noh, ibu kepada tiga cahaya mata serta menyokong penyusuan susu ibu, setiap ibu menyusu perlu tahu rukhsah di atas bagi mengelakkan keadaan terpaksa bercerai susu kerana susu kering pada bulan puasa.

“Dalam hal ini ibu tidak perlu bimbang sekiranya terpaksa berbuka puasa kerana jelas terkandung dalam al-Quran,” katanya.

Selain itu, ibu perlu bersedia menyediakan stok susu yang banyak kerana mereka boleh menjangka kemungkinan besar susu akan berkurangan ketika Ramadan walaupun tidak semua ibu menghadapinya. Dalam hal ini, ibu harus mula menyimpan stok susu untuk kegunaan pada bulan puasa seawal dua hingga tiga bulan sebelumnya, bergantung kepada jenis peti sejuk beku yang mereka miliki.

Bagi mendapatkan maklumat yang jelas mengenai teknik penyusuan serta penyimpanan yang betul, ibu harus mengikuti bengkel mengenai penyusuan yang dapat menambah kefahaman serta maklumat lebih jelas. Tekanan perasaan mungkin boleh melanda apabila mendapati susu mulai berkurangan dan sokongan yang kuat amat penting.

Menurut Siti Nurazlina, ia sesuatu yang normal susu berkurangan ketika berpuasa dan kerana itu, Allah me�nyediakan kelonggaran (rukhsah). Namun ibu tidak harus terus menganggap susu akan berkurangan apabila berpuasa kerana ia mungkin tidak sama pada setiap orang. Sesetengah ibu memberitahu susu mereka semakin banyak apabila berpuasa, teorinya kerana kurang pengeluaran air daripada kencing dan peluh disebabkan tidak minum air, maka ia memperbanyakkan susu badan.

“Saya sendiri pernah melaluinya dan bagi mengatasi masalah ini, saya mengambil minuman antidehidrasi dan mengamalkan panduan penting ketika berpuasa seperti mengambil makanan berprotein tinggi, penuh nutrisi seperti kurma dan madu lebah. Alhamdulillah susu badan seperti biasa hingga ke waktu berbuka,” katanya yang turut menyusukan ketiga-tiga anak�nya selama dua tahun.

Pengambilan makanan dan minuman bersifat diuretik seperti kopi, teh, coklat, bijirin, sayur-sayuran seperti timun, seleri, kubis dan buah-buahan seperti tembikai, limau, herba dan halia perlu dielakkan kerana akan menjadikan individu lebih kerap membuang air kecil dan semakin banyak kehila�ngan air dalam badan.

“Oleh itu, kenali jenis makanan untuk mengelak mengambil makanan dan minuman berkafein terutama ketika bersahur. Banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks dan indeks glisemik yang rendah. Elakkan makanan berminyak dan pedas,” ujarnya.

Dia turut menggalakkan ibu mengambil minuman antidehidrasi agar bertenaga sepanjang hari selain memastikan makan makanan seimbang dan tinggi nutrisi terutama di antara waktu berbuka sehingga sahur.

Dari segi aktiviti mengepam susu, ia harus dilakukan seperti biasa malah mungkin boleh ditambah sesi memandangkan pada waktu rehat menjadi lebih panjang (tanpa makan tengah hari). Ibu boleh melakukan kaedah stimulasi pengepaman untuk merangsang pengeluaran susu supaya lebih banyak keluar.

“Bertenang ketika mengepam dengan membaca ayat suci al-Quran di samping mengisi masa dengan bertadarus. Jika tidak pun, mendengar audio ayat suci al-Quran atau membaca bahan bacaan berilmiah. Ini kerana tekanan atau terlalu memikirkan mengenai pengeluaran susu akan menyebabkan susu susah keluar,” jelasnya.

Penyusuan berkaitan dengan mainan minda seseorang. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif dan cuba melakukan aktiviti berfaedah dengan berzikir dan mengaji untuk melupakan rasa letih dan mengantuk.

Dia mengakui kerap diajukan soalan mengenai jenis pam bersesuaian bagi membantu pengeluaran susu. Baginya, membeli pam harus mengikut kemampuan, tidak semestinya pam yang mahal itu baik. Namun ia sangat membantu dari segi mendapatkan jumlah susu yang banyak. Oleh itu, jangan terlalu berkira mendapatkan pam berkualiti.

“Namun sekiranya tidak mampu membeli pam susu berjenama, itu bukan penyebab menjadikan ibu tidak boleh menyusukan dengan sempurna. Bagaimanapun, teknik terbaik adalah mengosongkan payudara dengan cara mengepam dengan tangan (marmet) bagi memastikan payudara benar-benar kosong, sekali gus membanyakkan lagi susu badan,” jelasnya.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Siti Nurazlina memberitahu cabaran terbesar dalam penyusuan ketika melahirkan anak pertama, Hafiy Al-Fateh iaitu cucu dan cicit pertama dalam keluarga.

“Memandangkan keluarga saya tidak mendapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu, ia menjadi satu fasa yang amat memberi tekanan, tambahan pula ia pengalaman pertama dan saya tidak pasti mengenai sifat bayi, susu ibu seperti warna dan tekstur najisnya,” katanya.

Namun dengan sokongan kawan-kawan, doktor pakar kanak-kanak yang dilawati serta suami tercinta, dia mendapat kekuatan untuk meneruskan penyusuan eksklusif kepada Hafiy selama dua tahun.

Kemudian apabila mengandung kali kedua ketika anak pertama berusia tujuh bulan, dia meneruskan penyusuan walaupun pelbagai tohmahan diberikan. Akhirnya anak pertama dan kedua dapat disusukan serentak sehinggalah melahirkan anak ketiga.

“Saya dalam fasa meleng�kapkan penyusuan anak ketiga, Danny Al-Firas yang kini berusia setahun tiga bulan dan baru menamatkan penyusuan abangnya, Fahry Al-Hazim pada usia tiga tahun setengah.

“Kini penyusuan susu ibu tidak lagi sesuatu yang asing. Ibu berkerjaya, walaupun sering ke luar kawasan tetap boleh menyusukan anak secara eksklusif.
Malah saya sendiri melaluinya kerana pekerjaan yang memerlukan saya ke cawangan lain untuk bermesyuarat. Saya amat bangga melihat anak-anak membesar dengan susu badan saya sendiri,” katanya gembira.

Bagi perunding laktasi, Siti Nur Suraya Mohamed Ali, sebulan sebelum Ramadan ibu harus mula menggantikan puasa sebagai latihan menghadapi Ramadan. Mula berlatih tiga hari seminggu dan rasai perbezaannya. Pada hari pertama, mungkin semua ibu sangat lesu tapi hari seterusnya pasti sudah dapat membiasakan diri.

Sebenarnya penyusuan susu ibu dan berpuasa tidak akan mengurangkan jumlah pengeluaran susu kerana komposisi susu ibu itu sendiri akan berubah mengikut nutrien dan makanan yang diambil ketika berpuasa. Dalam tempoh ini, secara automatik badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolik harian untuk memastikan produksi susu tidak terganggu.

“Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menyusukan anak pada bulan Ramadan, jumlah pengeluaran susu tetap sama malah pada hari tertentu bertambah ba�nyak,” jelasnya.

Dalam hal ini, terdapat pelbagai panduan pemakanan yang boleh diikuti iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air iaitu lapan gelas sehari terutama di antara waktu berbuka dan bersahur. Selain itu, ibu digalak melebihkan sesi mengepam iaitu pada waktu pagi sebelum keluar bekerja dan malam sebelum tidur.
Amalan ini hendaklah dilakukan pada satu atau dua bulan sebelum menjelang Ramadan bagi membuat stok penyimpanan susu yang banyak.

“Apa yang penting persediaan sebelum berpuasa dengan mengambil makanan berkhasiat seperti nasi, ayam dan sayur serta melewatkan waktu sahur. Amalan pengambilan kurma pada setiap hari sangat bagus untuk menambah pengeluaran susu serta makan makanan penambah susu ibu seperti sayur lobak putih, halba dan minuman malt selain mengelak mengambil teh dan kopi yang mengandungi kafein,” katanya yang menggalakkan ibu tidur sekejap pada waktu tengah hari selama 10 hingga 15 minit untuk merehatkan badan.

Mengenai teknik mengepam susu, tidak dinafikan ada ibu yang tidak mempunyai pam dan hanya memerah susu menggunakan tangan namun berjaya menyusukan anak selama dua tahun walaupun bekerja. Dalam hal ini proses penyusuan itu sendiri sebenarnya adalah satu seni dan banyak bergantung kepada semangat serta kemahuan diri sendiri.

“Bagi saya, penggunaan pam yang baik serta berkesan dapat menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu selama dua tahun tanpa menghadapi banyak masalah,” ujarnya yang juga pemilik Lunatots.

Bercerita pengalaman me�nyusukan ketiga-tiga anaknya, ujar Suraya, semuanya memberikan pengalaman berbeza. Antara yang manis ialah relaktasi iaitu menyusukan semula anak sulung Ammar Zikry ketika dia berusia dua bulan selepas berhenti menyusukannya.

“Alhamdulillah, saya berjaya menyusukannya penuh sehingga enam bulan dan menyambung sehingga usianya dua tahun lima bulan. Untuk anak kedua (Ammar Dzakwan, 3), saya melahirkannya secara pembedahan dan pengalaman menyusukannya sebaik saja dilahirkan iaitu ketika doktor menjahit semula perut sangat menggembirakan.

“Anak ketiga, Alya Zalikha yang kini berusia setahun, saya berpengalaman mengepam susu seawal empat hari pertama kerana bayi ditahan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) berikutan keadaannya.

“Saya melihat sendiri bagaimana ‘sikit’ dan bermanfaatnya kolostrum kepada bayi,” katanya yang lebih suka me�nyimpan susu di dalam plastik penyimpanan susu kerana ia dapat menjimatkan ruang di dalam peti ais berikutan boleh dileperkan.

Wednesday, July 11, 2012

Bila dilanda penyakit...

Lama betul tak update blog ni...banyak sbnrnya benda yang bole diceritakan..tapi tak berkesempatan...

Puncanya sbb aku skrg tgh bz teramat sgt...projek company dah nak due date..so bos mmg push semua staff keje lebih masa...sometimes aku dtg gak keje sabtu ahad..kdg2 kalo tak sempat dtg sabtu ahad aku akan buat kerja dari rumah je...

So disebabkan stress kerja ni la akhir2 ni aku kerap tak sehat...especially migraine..dah lama tak kena migraine yg teruk sehingga lah baru2 ni...2 ari mc..dtg kerja pn senyap sepi...rasa mcm nak hantuk2 pala ni kat dinding...nak mc lg..kesian kat bos..lg pn nnt bos stress tgk staff2 dia ramai mc..dah la projek tgh keadaan nazak skrg ni...

bila kena migrain ni aku mmg tak lalu nak buka komp..mata aku jadi sakit bila tgk komp...tapi mcm ne..kerja aku pn dah mmg kena hadap komp..so aku hanya akan hadap komp ni bila kena buat kerja je...tapi mmg sakit la..rasa mcm nak muntah..sampai duk pk la dlm hati ni mcm2..terpk gak aku kena sakit bukan2..haha..mohon2 dijauhkan Allah...semoga dipanjangkan umur aku utk melihat puteri kesayangan aku tu membesar dan jadi insan yang berguna dan solehah..Amin...

mcm skrg ni pn migrain masih ada skit..tp kira ok la dr last week..bole la nak hadap komp kejap2..update blog (supaya ada org tau perkembangan aku..nape aku menyepi..senyap..eh! ada ke org nak tau ni???hahaha)...kat opis pn bole la gelak2 skit..kalo masa sakit teruk ari tu mmg aku tak amik tau sgt perkembangan terkini pasal2 opis ni..nak gelak bila member2 opis buat lawak pn rasa tak lalu...

tapi, start semlm aku dah mula demam pulak...selsema pn ada..perit tekak pn ada..pergh..mmg 3 in 1 sungguh...selsema tu yg aku tak tahan..sbb asyik terbersin2..sudahnya nak masuk meeting pn tak lalu..asyik bersin2 je...mujur bos tak kisah aku tak masuk...

tapi ye la..sakit ni salah satu cara penghapus dosa...semoga dosa2 aku ada yg diampunkan...(biasa la..manusia biasa mana tak buat silap kan?)


Tuesday, July 3, 2012

email yang kena hack...

since dari early last week kot..email ku dah tak leh guna..try tukar password pn tak leh...
email zue.reena@gmail.com masih dlm proses utk pemulihan..
so sementara for those yg nak anta email tu bole email ke reena2406@gmail.com ye...

TQ

Wednesday, May 16, 2012

about my sis


Alhamdulillah..selepas dapat keputusan yang sangat cemerlang pada SPM lepas..my lovely sis dpt tawaran ke UIA. Memang UIA la impian dia…cuma course saja la bukan pilihan hati dia..dia nak minta sains hayat kot..tp dpt sains fizikal. Tapi dgr citer seminggu kt sana nnt bole tukar course.

Walaupun tak jauh, tinggal lah mak n ayah berdua je kt umah nnt. Mujur lah ada aleesya. Aleesya pun konpem la akan rindu kat maksu dia nnt. Itu lah pengasuhnya selepas wan dia..dan itu juga lah teman gaduh dia. Hahaha… aleesya bila nak balik je dia akan jerit “acuuuuuuu”….sbb nak salam.

Tapi kalo kenang2 balik antara aleesya dgn maksu dia mmg kelakar. Teringat plak situasi aku slalu membuli yana masa yana kecik. Itu yang yana duk balas dendam skrg ni. Hahahaha…

Siyes tak sangka adik ppn aku sorg tu dah besau panjang…rasanya mcm baru je lagi aku dipanggil balik dari sekolah agama…sbbnya mak aku nak bersalin. Pas tu aku n adik laki aku dihantar ke umah wan aku kt ulu klang sementara ayah bawa mak ke hospital. Mmg tak senang duduk dibuatnya. Rasa mcm tak sabar sgt2 sbb mak mmg tak scan jantina. Aku mmg nak adik ppn..adik lelaki aku plak mengharapkan lelaki. Mujur berpihak ke aku.

Aku terjaga dr tdur bila ayah aku balik dan bgtau aku dpt adik perempuan. Wah seronok sungguh rasanya. Nak2 bila ayah n mak bawa balik si yana tu…duk pk2 bila la nak besar..nak main2..duk diam2 je mcm tak besh je rasa.hahaha

Then bila besar, teringat part dia nak bergambar..mesti dia letak tapak tangan dia tu kat pipi..konon ala2 comel sgt la tu..huhuhu. ada 1 part yg masih segar dlm ingatan aku, bila aku ikut kwn baik aku pi tadika temankan dia utk tgk adik dia buat persembahan. Aku seret yana skali ikut aku and suap dia mihun.

Dan now, dia dah besar..dah nak masuk 18 thn pun. Nak masuk UIA… (ni apahal mood aku tetiba mcm sebak plak ni..berair mata plak tu) hahaha..tak lama lg abis belaja..pas tu kerja…pastu kawen…pergh..kejap je kan masa berlalu..

Harap2 pas ni aku dpt tulis blog mcm ni plak tuk aleesya..Insyallah..

Ok stop pasal maksu dia…nnt citer lebih2 maksu dia perasan plak…But I proud of u yana. Siyes yana je la harapan keluarga skrg. Belajar elok2 n jaga diri elok2 k…

Sunday, May 13, 2012

Mama bersuka ria (ye ke?)

Agak lama dah la benda ni berlaku...
Aku yg dah lama tak pegi tgk wayang (lebih kurang 2 thn kot),
finally pegi gak tgk wayang.
Cuma kali ni bukan dgn hubby n anak aku la..
Aku pi dengan kwn2 n bos aku sorg...hahaha

Ni semua dari "hasutan" dorg la ni...katanya nak celebrate Hari Pekerja
Mula2 berat la nak pegi..sebab plan dorg nak pi CBC
C - Dinner kat chilis
B - Bowling
C - Cinema (tgk wayang la kan)
so konpem la balik lambat...sbb dorg plan nak tgk midnight..
aku duk pk kan aleesya je..rasa mcm tak best aku duk enjoy tapi tinggalkan aleesya...

Lama gler aku nak pk nak pi ke tak..mkn hari juga..
ye la..pk kan aleesya pn 1 hal..pk kan duit gak..igt mkn kt chilis tu murah2??
rupa2 nya ada org nak banjer ari tu..hahaha..dah up sikit la percent nak pi..
tp hati tu still berat gak nak tinggalkan aleesya..
bukan aku tak caya dgn papa nya..tapi aku tak nak hati ku duk risau je..

Last2 hubby aku bg jalan penyelesaian..
hantar je dia n aleesya pi umah mak dia..
lagipun hubby aku ckp..time ni la aku nak rehat kan diri..
kuar dgn kwn2..lepak2...tanpa pk kan apa2
dah ada org nak belanja kan (bak kata laki aku la..)

then aku pn bagi keputusan tuk pegi gak...
baru la bos aku leh booking tiket wayang..semua gara2 aku lmbt book..hahaha
ceh..bos la konon...haha..tp dia mmg bos aku pn..dah anggap mcm geng2..

so aku pn pegi la..mula2 igt nak senang kan hati..
tapi siapa kata aku bole senangkan hati?? hahahaha
sikit2 aku tgk hp..mlm tu ada la 4 kali kot aku kol..
sampai laki aku bg msg.."tak yah la riso2..aleesya ok je"

eh..lain kali citer..citer skali dgn gmbr..daaaaa

Thursday, April 19, 2012

Aleesya Yang Suka Hisap Jari


Tabiat hisap jari ni memang sinonim dgn aleesya since dia dalam pantang lagi. Masa dlm pantang ramai terkejut aleesya hisap jari. Kenapa? Aku pun tak berapa pasti mula2. Tapi bila aku tanya kat pakcik google baru aku tau sebab kebanyakan baby hisap jari pada usia 3 bulan ke atas. Aleesya plak dlm pantang dah pandai hisap jari.

Aku memang tak suka bagi aleesya pacifier (puting palsu) ni. Sebab dalam keluarga aku sorg pun tak de yg hisap puting. So aku mmg pantang sgt2 bab2 puting ni. Maybe sebab aku tak suka tgk anak aku nyonyot puting je. Keluar pegi jalan pun duk nyonyot puting. Lagipun aku penah gak baca hisap puting ni bole menyebab kan baby senang kena kembung perut. Ye la..puting kosong kan for sure la angin je dlm tu. Dan Alhamdulillah aleesya tak penah sekali pun kena kembung perut.

So bila aleesya lebih suka hisap jari aku tak de la masalah apa2. Aku lebih prefer aleesya tak hisap dua2..puting atau pun ibu jari. Tapi antara dua aku lebih rela dia hisap jari. Cuma lama kelamaan memang ada benjolan la kat ibu jari dia tu. Dia plak hisap sekali pakej dgn gigit2 kan. Tu yg jadi mcm luka sikit.

Pernah tanya doctor pasal benda ni and doctor kata tak pe. Bila besar dia akan hilang MELAINKAN tabiat dia tu berlarutan sampai ke umur 4 tahun ke atas. Kata doc kelakuan ini adalah normal. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi makin meningkat usia.Pakar juga ada mengatakan :-

Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85% hingga 99% kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Pakar kanak-kanak juga bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.

Pakar juga mengatakan bila baby hisap jari BUKAN bermakna baby tu lapar. Tapi ada baby hisap jari untuk berasa tenang. Atau pun bila dia rasa bosan atau pun penat.

Tapi dalam kes aleesya ni, dia hisap jari memang masa dia nak susu je. Automatic dia akan amik bantal kesayangan dia tu and terus hisap ibu jari. So aku paham la tanda2 dia nak susu. Dan satu lagi masa dia nak tidur. Bila dia dah lena aku akan kuarkan ibu jari dia tu slow2. Cuma bila dia terjaga mmg terus ibu jari dia tu dlm mulut la jwbnya.huhuhuhu…

So, mama tak de la riso bila aleesya hisap jari. Cuma mama nak control sikit ye sayang. Aleesya dah nak masuk 2 tahun, so mama kena la make sure tabiat hisap jari tu takkan berlarutan. J



Friday, April 6, 2012

MegatReen (28 March 2009 - Forever)


Alhamdulillah...dah 3 tahun aku dan megat bergelar suami isteri dan dah 3 tahun juga la aku n megat duduk di bawah 1 bumbung...

3 tahun macam2 cerita yg dah kami lalui...ada yg suka..ada yg duka..benar kata org, 5 tahun pertama perkahwinan adalah tahun yg getik utk pasangan suami isteri. Sabar dan sentiasa saling membantu itu je yang bole buatkan sesuatu perkahwinan tu kekal lama..

Tipu la kalo aku kata aku n megat bahagia sepanjang masa. Lumrah suami isteri mesti ada pasang surutnya..sedangkan lidah lagi tergigit kan? ada masa dugaan yg dtg itu hanya sebesar zarah..dan ada masa dugaan itu dtg sebesar2 alam..tapi Alhamdulillah kami masih bersama dan menyintai antara satu sama lain...

Semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmatiNya..dibawah lindunganNya...dan sentiasa di harum kan dgn perasaan cinta dan kasih dlm hati kami..Amin...

B...ayg syg sgt2 kt b..dunia n akhirat..syg kt aleesya..aleesya menguatkan lagi kasih antara kita.
terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ayg, menjadi sebahagian dari hati ayg..dan menjadi sebahagian dari jiwa ayg...love u so much.. :)


Tuesday, March 13, 2012

Kejam! Pembunuhan Dirang

Berita hot skrg berita pembunuhan dirang atau Nurul Nadirah Abdullah yang dibakar sampai rentung!

Sangat2 sedih..kejam..tak berhati perut...sgt2 tak bole dimaafkan..

Tapi aku paling sedih tentang kecuaian ibu dia...mmg la org ckp ajal maut ketentuanNya..
cuma penyebabnya adalah perkara paling remeh yg aku mmg susah nak terima..
ibu dia leka main facebook!!..

sanggup dia biarkan anak dia pegi kedai seorg diri...anak dia kelaparan..then minta kt ibu nak mkn..dan sang ibu plak gara2 leka bermain facebook sanggup biarkan anak pegi seorg diri..bekalkan rm4 dan note "megi 2 bungkus telur rm2"...tak terkata...

maybe sbb aku dari kecik sampai la sblm berumah tangga..aku dikawal rapi oleh mak ayah...mcm adik aku skrg ni pn..kalo nak pi mana tak de org dewasa jgn harap la dpt keluar..anta balik konpem ada org dewasa..

MALANG TAK BERBAU! betul!..mmg tepat..tapi bygkan la kalo kita berada kt tmpt ibu dia..mesti menyesal tak sudah kan??hanya krn facebook anak yg dikandung..dilahirkan sendiri..dibesarkan selama 5 thn..hilang...HANYA KERANA FACEBOOK!!!! mesti dlm hati..
"alangkah bagusnya kalo aku tinggalkan facebook 15 min dan masak tuk dirang, mesti benda ni takkan berlaku"

ni pendapat aku..dan aku mmg tak bole terima..kalo sbb yg mmg tak bole dielakkan..atau sebab2 yg bole diterima akal..aku bole terima..ingatlah..anak itu amanah Allah...kita kena jaga biarpun dgn nyawa kita skalipun...hopefully benda ni jd pengajaran utk semua dan paling penting utk aku..agar aku sentiasa menjaga amanah Allah yg diberikan pada aku...Amin..

Al Fatihah untuk dirang..tempat dia sah disyurga...mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..cuma aku still tak bole terima puncanya...even tu bkn anak aku..


Monday, March 12, 2012

Bila aleesya dah mula bercakap...

Aleesya skrg dah mula nak berckp..walaupun kdg2 aku tak paham butiran dia...sbb kdg2 anak aku ni advance ckp perancis kan..hehehe

Tapi ada gak yang aku bole paham apa dia cakap..
contohnya :-

Aku : Aleesya...nak susu tak???
Aleesya : (Kalo dia x nak dia akan ckp : nanak)...kalo dia nak..dia cuma akan amik bantal busuk dia tu then isap jari...

lagi...

dia suka tiru apa org ckp..so sgt la berbahaya kalo ckp benda2 tak sopan depan dia..
especially iklan..mmg dia suka tiru..
contoh2 iklan yg dia tiru..

1) Iklan dutch lady yg budak ppn cute jerit ROTIIIIIIIIIIII tu...ada masa leh dgr sebiji2 dia sebut rotiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..sambil jerit gaya bdak ppn tu jerit..hehe

2) Iklan citer wayang SEEFOOD tu...ada part sotong ckp "it's time"...dia pun sebut dgn nada pelat nya cara sotong tu ckp..

pas tu mulut dia mula dah start pandai membebel..bila mama nak berborak dgn papa..dia pn sibuk gak nak bebel..mcm mlm td, papa n mama nak tdo..tapi dia tepuk2 muka aku suh bangun..ajak borak2...dia dgn bahasa dia..aku dgn bahasa aku..sampai papa pun tergelak2...
lagi satu..kalo dlm tepon bkn main lg dia duk borak2..beria2 benar..lagi2 plak kalo dgn atok n wan dia..agaknya kalo mmg pandai berckp mau mulut dia je bising nnt...hehehe

Friday, March 9, 2012

Aleesya dah 18 bulan...

20 Feb 2012 genap lah anak mama Puteri Aleesya Damia Binti Megat Norizal berusia 18 bulan a.k.a setahun stgh...budak comey ni dah makin besar..dah makin keletah...dah makin lasak...dah makin bijak...

Gambar2 aleesya terkini...

adoi...mama rindu la kat aleesya even mama dah nak balik dr opis..
semlm tgh2 tgk tv..dia nampak budak ppn baya 4 5 thn...tiba2 dia bersuara..

"kakakkkk.." dgn lembut..

terkejut mama tau...aleesya dah pandai sebut kakak...

ok..mama dah nak balik...bye...


Tuesday, January 10, 2012

aL-KisaH aKu BerSuKaN KemBaLi

Lama gler aku tak bersukan...dulu masa bujang2 rajin gak main badminton la,futsal la...pi jogging la..lepas je kawen aktiviti tu semua aku stop...jog ada la juga..tp skali2 je la..

So smlm 9 jan 2012, tmpt aku bekerja ada buat xtvt futsal tuk staff2...apa lg..aku pn amik kesempatan la nak join.ditambah dgn dpt green light dari en hubby kan...

yg kelakarnya perempuan ada la 4 org je join...maybe sbb last min inform so ramai tak dpt join...
lelaki ada la berbelas2 org kot..dpt la 15++ org yg main...so combine lelaki n perempuan main...2 team..setiap team 2 org ppn...aku mmg biasa duk kt bhgn striker masa bujang2 so aku duk kt striker je la..tak yah la nak gerak byk sgt..lgpun kalo duk pertahanan aku takut kena tendang bola dek pasukan lawan...hahahaha..pandai aku kan...

sudahnya kan..aku bgn2 pagi ni badan aku sakit2..haaaa..padan muka aku..suh bersukan tak nak..skali2 bersukan terus sakit2 badan...hehe