Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Puteri Irdina Damia

Alhamdulillah...15 june 2013 tepat jam 9.46 am aku selamat melahirkan seorg puteri. Anak ke 2 kami diberi nama Puteri Irdina Damia yg bermaksud :

Irdina - kehormatan kami
Damia - kebijakan

Kami mengekalkan damia di belakang utk anak perempuan kami.

Terima kasih atas doa semua.

Maaf x leh panjang2 sebab guna hp je..huhu...

Sekarang tgh berpantang di rumah mak..kalo ikut ari ni dh ari ke 27 aku berpantang..yg pastinya aku akn abis pantang sblm raya..yeaaaa...!!!

Tuesday, June 11, 2013

Aleesya Meniti 3 Tahun

11 Jun 2013...

Kadang2 rasa tak sabar nak tunggu baby keluar..tapi pujuk hati..Insha Allah baby akan keluar bila tiba masanya...rasa berdebar atau takut? Alhamdulillah tak penah ada...syukur Allah bagi kekuatan pada aku walaupun bila time sakit tu aku rasa mcm tak sanggup nak sakit dah.

Actually aku excited sbb tak sabar nak tgk muka aleesya bila bawa balik adik dia kat rumah atau masa dia datang tgk adik dia kat hosp...aku suka tgk reaksi muka dia sebab dia pandai buat reaksi muka. dan dia slalu suka ajuk ckp org...sebab tu skrg ni bila nak berckp depan aleesya make sure kita takkan ckp benda2 tak elok depan dia...

Antara ajukan yg dia suka ikut :-

1) Panggilan papa dia akan tukarkan pada panggilan "B" bila papa dia tak dgr dia panggil..."B" tu aku je yg guna sebab aku panggil en suami dgn B..singkatan pada Hubby...

2) Semalam dia ajuk aku ckp bila en suami selalu main sergah aku sampai aku terkejut..antara dialog aku adalah "terkejut ayg la.." semlm papa dia sergah dia...dia ulang ayat aku "kejut ayg la"...hahaha..siyes aku tergelak time ni..

3) Bila org cuba takutkan dia...cth mcm "katak..amik aleesya"...semlm kebetulan bilik acu dia penuh brg2 dr asrama...so dia ngintai2..sambil mulut "Katak...amik icha.." hahaha...aku n yana tergelak dlm bilik...

Ada byk lagi la benda yg dia suka ajuk...

cuma benda negatif nya bila dia suka tiru apa org2 tua ckp mcm perkataan B.O.D.O.H....erm..tak tau la mana dia dgr..tp ada antara kami2 gak yg suka sebut perkataan tu..dan maybe juga dr pengaruh TV...sgt2 bahaya ye semua...so sila kawal percakapan anda depan anak2 kecil...

satu lg..dia bahasa kan diri dia AKU...kdg2 dgn kami2 pn dia akan ckp "ni aku pnya"...

ye la..kita semua pn guna perkataan aku...so mmg tak dpt nak elakkan la..cuma kena explain kt dia la..alhamdulillah sejak seminggu dua ni tak dgr lagi dia sebut perkataan AKU...

Baru2 ni aleesya kerap demam...aku perasan dia tak bole org keliling dia demam..mesti dia akan demam pas tu..adakah antibodi dia tak kuat? sedangkan semua suntikan dia amik...

rasa menyesal tak exclusive susu ibu pada aleesya dulu..tu la..terikut sgt ckp org kan..ilmu diri sendiri pn sgt cetek masa tu...org kata susu ibu ni membolehkan antibodi anak tu jadi kuat...mmg dah terbukti oleh sains pn...tak pe la..anak ke 2 nnt aku akan cuba tuk buat demi kebaikan anak..

skrg ni aleesya aku kena bg vitamin..tp mujur demam dia tak lama...

bulan 8 ni genap aleesya 3 thn...nak jadi kakak dah pun...hope semuanya berjalan lancar nnt...semoga aleesya akan jadi anak yg solehah dan bijak dunia dan akhirat...amin....



Thursday, April 19, 2012

Aleesya Yang Suka Hisap Jari


Tabiat hisap jari ni memang sinonim dgn aleesya since dia dalam pantang lagi. Masa dlm pantang ramai terkejut aleesya hisap jari. Kenapa? Aku pun tak berapa pasti mula2. Tapi bila aku tanya kat pakcik google baru aku tau sebab kebanyakan baby hisap jari pada usia 3 bulan ke atas. Aleesya plak dlm pantang dah pandai hisap jari.

Aku memang tak suka bagi aleesya pacifier (puting palsu) ni. Sebab dalam keluarga aku sorg pun tak de yg hisap puting. So aku mmg pantang sgt2 bab2 puting ni. Maybe sebab aku tak suka tgk anak aku nyonyot puting je. Keluar pegi jalan pun duk nyonyot puting. Lagipun aku penah gak baca hisap puting ni bole menyebab kan baby senang kena kembung perut. Ye la..puting kosong kan for sure la angin je dlm tu. Dan Alhamdulillah aleesya tak penah sekali pun kena kembung perut.

So bila aleesya lebih suka hisap jari aku tak de la masalah apa2. Aku lebih prefer aleesya tak hisap dua2..puting atau pun ibu jari. Tapi antara dua aku lebih rela dia hisap jari. Cuma lama kelamaan memang ada benjolan la kat ibu jari dia tu. Dia plak hisap sekali pakej dgn gigit2 kan. Tu yg jadi mcm luka sikit.

Pernah tanya doctor pasal benda ni and doctor kata tak pe. Bila besar dia akan hilang MELAINKAN tabiat dia tu berlarutan sampai ke umur 4 tahun ke atas. Kata doc kelakuan ini adalah normal. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi makin meningkat usia.Pakar juga ada mengatakan :-

Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85% hingga 99% kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Pakar kanak-kanak juga bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.

Pakar juga mengatakan bila baby hisap jari BUKAN bermakna baby tu lapar. Tapi ada baby hisap jari untuk berasa tenang. Atau pun bila dia rasa bosan atau pun penat.

Tapi dalam kes aleesya ni, dia hisap jari memang masa dia nak susu je. Automatic dia akan amik bantal kesayangan dia tu and terus hisap ibu jari. So aku paham la tanda2 dia nak susu. Dan satu lagi masa dia nak tidur. Bila dia dah lena aku akan kuarkan ibu jari dia tu slow2. Cuma bila dia terjaga mmg terus ibu jari dia tu dlm mulut la jwbnya.huhuhuhu…

So, mama tak de la riso bila aleesya hisap jari. Cuma mama nak control sikit ye sayang. Aleesya dah nak masuk 2 tahun, so mama kena la make sure tabiat hisap jari tu takkan berlarutan. J



Wednesday, October 12, 2011

The Latest of Puteri Aleesya Damia


Ni antara gambar2 terbaru aleesya...

anak mama tak abis2 dgn bantal busuk n isap jari dia tu...


ni mmg peberet gaya dia..suka buat geram2..

ni gmbr tunjuk eksen dia dah leh jalan...
ni dgn dua pupu dia..alya batrisya...amboi anak mama nampak kedai kopi la..







Aleesya lagi...

Alhamdulillah...aleesya kini dah bole berjalan...genap setahun aleesya dah mula boleh langkah panjang sikit...setahun sebulan dah makin laju..now dah nak dekat setahun 2 bulan..dah terer dah..siap test jalan undur lg..hehehe

Mulut pun dah kecoh skrg ni..pot pet..pot pet...tp butir2 tu tak betul lagi la..still berckp dalam bahasa dia...lasak tak yah citer la..mmg tak duk diam..duk diam pun time minum susu atau tdo..even time mkn pun duk ke hulu hilir...minum susu je dia masih tak pandai nak pegang botol susu lg..adeh..dah puas ngaja..tp still tak pandai...atau pun aleesya ngada2 nak manja2 suh org suapkan...mama bg adek baru tau..hehehehe

p/s : gmbr ni di ambil masa 24 sept..time ni pertunangan sepupu aku...asyik berjalan je kehulu ke hilir...huhuhu


Thursday, January 27, 2011

my baby aleesya (",) - 5 months

aleesya skrg dah 5 bulan ++....dah makin bijak...dah makin lasak...
hobi dia skrg mmg suka berjalan..pantang kalo masuk kereta...tgh nangis pun bole berhenti..
kalo dlm kereta dia suka menyanyi2...kejap suara dia slow..kejap kuat...adeh..lawak dgn telatahnya..
pas tu hobi dia skrg ni suka melompat2..pantang kalo org dukung dia sambil duduk konpem dia melompat2...
siang aleesya dah susah nak tdo..tp kalo mlm tdo lama...kesian wan dia la...sbb siang wan nya yg jaga...mlm plak dia bunyi sikit je nak susu..aku sumbat susu aku dah senyap...hehehe...