Thursday, April 19, 2012

Aleesya Yang Suka Hisap Jari


Tabiat hisap jari ni memang sinonim dgn aleesya since dia dalam pantang lagi. Masa dlm pantang ramai terkejut aleesya hisap jari. Kenapa? Aku pun tak berapa pasti mula2. Tapi bila aku tanya kat pakcik google baru aku tau sebab kebanyakan baby hisap jari pada usia 3 bulan ke atas. Aleesya plak dlm pantang dah pandai hisap jari.

Aku memang tak suka bagi aleesya pacifier (puting palsu) ni. Sebab dalam keluarga aku sorg pun tak de yg hisap puting. So aku mmg pantang sgt2 bab2 puting ni. Maybe sebab aku tak suka tgk anak aku nyonyot puting je. Keluar pegi jalan pun duk nyonyot puting. Lagipun aku penah gak baca hisap puting ni bole menyebab kan baby senang kena kembung perut. Ye la..puting kosong kan for sure la angin je dlm tu. Dan Alhamdulillah aleesya tak penah sekali pun kena kembung perut.

So bila aleesya lebih suka hisap jari aku tak de la masalah apa2. Aku lebih prefer aleesya tak hisap dua2..puting atau pun ibu jari. Tapi antara dua aku lebih rela dia hisap jari. Cuma lama kelamaan memang ada benjolan la kat ibu jari dia tu. Dia plak hisap sekali pakej dgn gigit2 kan. Tu yg jadi mcm luka sikit.

Pernah tanya doctor pasal benda ni and doctor kata tak pe. Bila besar dia akan hilang MELAINKAN tabiat dia tu berlarutan sampai ke umur 4 tahun ke atas. Kata doc kelakuan ini adalah normal. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi makin meningkat usia.Pakar juga ada mengatakan :-

Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85% hingga 99% kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Pakar kanak-kanak juga bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.

Pakar juga mengatakan bila baby hisap jari BUKAN bermakna baby tu lapar. Tapi ada baby hisap jari untuk berasa tenang. Atau pun bila dia rasa bosan atau pun penat.

Tapi dalam kes aleesya ni, dia hisap jari memang masa dia nak susu je. Automatic dia akan amik bantal kesayangan dia tu and terus hisap ibu jari. So aku paham la tanda2 dia nak susu. Dan satu lagi masa dia nak tidur. Bila dia dah lena aku akan kuarkan ibu jari dia tu slow2. Cuma bila dia terjaga mmg terus ibu jari dia tu dlm mulut la jwbnya.huhuhuhu…

So, mama tak de la riso bila aleesya hisap jari. Cuma mama nak control sikit ye sayang. Aleesya dah nak masuk 2 tahun, so mama kena la make sure tabiat hisap jari tu takkan berlarutan. J



3 comments:

  1. salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  2. armouris...thanks...ada juga yg ckp pasal bole sbbkan jongang..tp doc kata kalo melebihi 4 thn..tp skrg kena mula stopkan anak saya tu...riso plak melarat2

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan sherwieyna...nnt i follow k..tq :)

    ReplyDelete