Thursday, August 25, 2011

Kisah Raya dan Aleesya lagi..hehehe

Tgh bosan kat opis tak tau nak wat pe baik la aku update blog…

Sabtu lepas 20 ogos 2011, genap la aleesya setahun…hepi besday anak mama!!! Celebrate kat umah moyang dia di Ulu Klang skali dgn besday lulu dhia damia (lahir pn dekat2 nama DAMIA pun sama)…hepi besday yg ke 6 juga buat lulu.. J

Nnt la aku upload gmbr2 kt fesbuk sbb aleesya pn asyik ngamuk je nak tdo masa nak tiup lilin..

So gmbr tak byk sgt….

Raya dah makin dekat…persiapan tu tak de la dahsyat mana pun..ala kadar je…ikut kemampuan la katakan. Aku kira bersyukur gak la sebab mak n wan aku belikan kain…mak belikan kain pasang sorg satu utk aku n yana n wan belikan sorg 1 pasang tuk semua menantu dan cucu dia.. (anak tak de ek..sbb dia ada anak lelaki saja..hehe)..nak byk2 pn ada gak baju2 kurung aku yg masih cantik2…yg bole dipakai utk raya.

Seperti yang dijanjikan oleh suami aku (dia yg suggestkan dulu) tiap2 tahun kita org akan balik ke UK (Ulu Klang) dulu sehari sblm raya sampai raya 1st…then dlm pas zohor baru balik kuala kangsar. So fair la kan. Sebab kalo lama2 kat UK pun tak de sapa dah…raya 1st ptg tu masing2 dh balik kg mentua masing2…(pakcik2 aku la)…meriahnya pagi raya tu la..

Baju aleesya Alhamdulillah dah complete. Banyak baju2 dia dibelikan oleh atok n wannya (sblh aku) dan 1 pasang dibelikan oleh wan aku…time kaseh byk2…kasut raya aleesya je tak cari lg..insyallah nak cari dlm sepasang je utk aleesya.kaler itam kot nak beli…

Kuih raya mmg tak de langsung buat kecuali kt umah mak aku…sbb aku tau ramai yg akan dtg raya umah mak aku je..hehehehe….so itu je la kot citer raya aku…alahai..bila la nak 4.30 ni..hehehe

Friday, August 19, 2011

Lagu khas dari mama n papa untuk aleesya


Lagu ni cukup kena betul kalo kita bagi kat org yg kita sayang.
Bila dihayati lagu ni betul2 mmg sangat2 sesuai ditujukan buat puteri tersayang, Puteri Aleesya Damia.

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

repeat reff


Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-baik-baik-sayang/#ixzz1VSg3skLj


Aleesya bakal berusia setahun 20 Ogos 2011

Esok hari jadi Aleesya…Happy Birthday yang pertama buat buah hati mama Puteri Aleesya Damia Binti Megat Norizal.

Planning nak buat besday party ke mmg tak de la..1st out of budget. 2nd bulan puasa kan???

So mama berhajat untuk sambut besday aleesya kat umah moyang aleesya je kat Ulu Klang. Celebrate sama2 dgn makcik lulu k…yang bakal berusia 6 thn isnin ni…

Hadiah??? Insyallah mama dpt gaji 1st mama nak belikan aleesya hadiah k..apa dia mama tak pasti lagi..tapi tak de la sampai mahal2 macam orang lain. Mama cuma dpt bagi ikut kemampuan mama je. Tapi mama tau kasih sayang mama dan papa yang tidak terhingga menjadi hadiah yang tak ternilai buat aleesya kan???

Mama masih ingat lagi kira-kira setahun yang lepas. Sewaktu aleesya nak dilahirkan. Pukul 1 sementara mama menunggu solat zohor mama rehat2 atas katil. Then mama rasa nak terkencing je. Lepas ke toile t mama baring lagi. Tiba2 mama rasa basah sangat2 kat atas katil. Mama terus bangun dan sekali lagi air keluar mengalir. Mama dah rasa yang aleesya dah nak keluar time tu. Tu la tanda air ketuban mama dah pecah.

Mama masih lagi relaks2..kemas2kan apa yang patut. Sebelum tu mama call papa..papa terus panic n terus balik. Sementara tunggu mama call wan plak..minta maaf kat wan kalo2 mama ada wat salah pape..then mama suruh wan sediakan nasi. Time tu puasa, mama takut mama tak larat pula.

Papa sampai rumah dia bole siap2 mandi. Then pegi rumah wan..mama makan dulu. Lepas tu terus ke hospital. Sampai hospital doc check dah 2cm bukaan. Terus mama kena tahan kat wad dulu sementara menunggu bukaan. Mama start sakit contraction pukul 6 ptg. Dan aleesya dilahirkan pada keesokan arinya 20 ogos 2010 pada jam 7.28 am.

Mama ingat lagi masa mama tgh dijahitkan oleh doctor. Papa masuk dan berkata “ayg, anak kita comel la” mama cuma mampu tersenyum sebab mama rasa lemah sangat2 masa tu.

Kehadiran puteri mama yang comel telah menambahkan lagi kebahagiaan buat mama n papa. Setiap hari melayan keletah anak mama ni membuatkan mama sentiasa bersemangat biar pun mama dan papa diuji dengan pelbagai ujian.

Esok genap la aleesya setahun. Kini aleesya dah pandai berdiri dan meniti. Setiap hari di opis mama sentiasa teringat kat aleesya. Tak ada 1 detik pun membuatkan mama lupa pada aleesya. Gambar aleesya jadi peneman setia di computer mama.

Selamat ulang tahun pertama sayang… mama sentiasa doakan anak mama supaya dipanjangkan umur, menjadi seorang anak yang solehah, bijak, cerdik dan menyayangi mama, papa dan semua org yg sayangkan aleesya. Mama sayang sangat2 pada aleesya. Muaaahhhhhh!!!

Monday, August 15, 2011

story of aleesya

assalamualaikum...

lama sgt tak update blog ni...alhamdulillah aleesya bakal berusia 1 tahun pada 20 ogos ni...besday aleesya kali ni dlm bulan puasa...dah lahir tahun lepas pun dalam bulan puasa...

kalo diingat2 kan masa kelahiran aleesya thn lepas mmg rasa terharu dan kelakar..terharu sebab bersyukur sangat2 Allah kurniakan seorang anak yang cukup comel dan tak banyak karenah. yg kelakar sebab sian papa duduk kat hospital berjam2 lamanya..dah la time puasa..sahur pun dgn rokok je..heheeh...

aleesya skrg ni dah makin nakal..lasak tak hengat...asyik panjat sana sini..mentang2 la dah leh berdiri dgn bantuan...abis semua tmpt dia nak panjat..tmpt favourite dia of course la almari tv dgn kerusi makan...dan skrg ni aleesya kalo marah atau kena marah dia suka hantuk2 kan kepala dia..tak kisah la kat dinding, kat lantai atau kat muka orang...kalo time tu aku pegang dia sah2 dia hantuk pala dia kt muka aku...huhuhu

dan citer pasal aku plak cuma sikit melainkan aku dah dpt keje kat area shah alam...alhamdulillah rezeki di bulan puasa ni...

apa pun selamat berpuasa buat semua....

utk aleesya...mama sayang sgt2 kt aleesya...muahhhhh