Thursday, December 8, 2011
kerja...kerja..kerja
Thursday, October 27, 2011
Taman Burung KL (KL Bird Park)
Cuti Deepavali ari tu aku dah planning sikit pnya baeeekkkkk tau...
Wednesday, October 12, 2011
The Latest of Puteri Aleesya Damia



Aleesya lagi...
Thursday, August 25, 2011
Kisah Raya dan Aleesya lagi..hehehe
Tgh bosan kat opis tak tau nak wat pe baik la aku update blog…
Sabtu lepas 20 ogos 2011, genap la aleesya setahun…hepi besday anak mama!!! Celebrate kat umah moyang dia di Ulu Klang skali dgn besday lulu dhia damia (lahir pn dekat2 nama DAMIA pun sama)…hepi besday yg ke 6 juga buat lulu.. J
Nnt la aku upload gmbr2 kt fesbuk sbb aleesya pn asyik ngamuk je nak tdo masa nak tiup lilin..
So gmbr tak byk sgt….
Raya dah makin dekat…persiapan tu tak de la dahsyat mana pun..ala kadar je…ikut kemampuan la katakan. Aku kira bersyukur gak la sebab mak n wan aku belikan kain…mak belikan kain pasang sorg satu utk aku n yana n wan belikan sorg 1 pasang tuk semua menantu dan cucu dia.. (anak tak de ek..sbb dia ada anak lelaki saja..hehe)..nak byk2 pn ada gak baju2 kurung aku yg masih cantik2…yg bole dipakai utk raya.
Seperti yang dijanjikan oleh suami aku (dia yg suggestkan dulu) tiap2 tahun kita org akan balik ke UK (Ulu Klang) dulu sehari sblm raya sampai raya 1st…then dlm pas zohor baru balik kuala kangsar. So fair la kan. Sebab kalo lama2 kat UK pun tak de sapa dah…raya 1st ptg tu masing2 dh balik kg mentua masing2…(pakcik2 aku la)…meriahnya pagi raya tu la..
Baju aleesya Alhamdulillah dah complete. Banyak baju2 dia dibelikan oleh atok n wannya (sblh aku) dan 1 pasang dibelikan oleh wan aku…time kaseh byk2…kasut raya aleesya je tak cari lg..insyallah nak cari dlm sepasang je utk aleesya.kaler itam kot nak beli…
Kuih raya mmg tak de langsung buat kecuali kt umah mak aku…sbb aku tau ramai yg akan dtg raya umah mak aku je..hehehehe….so itu je la kot citer raya aku…alahai..bila la nak 4.30 ni..hehehe
Friday, August 19, 2011
Lagu khas dari mama n papa untuk aleesya
aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku
reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu
hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu
semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku
repeat reff
Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-baik-baik-sayang/#ixzz1VSg3skLj
Aleesya bakal berusia setahun 20 Ogos 2011
Esok hari jadi Aleesya…Happy Birthday yang pertama buat buah hati mama Puteri Aleesya Damia Binti Megat Norizal.
Planning nak buat besday party ke mmg tak de la..1st out of budget. 2nd bulan puasa kan???
So mama berhajat untuk sambut besday aleesya kat umah moyang aleesya je kat Ulu Klang. Celebrate sama2 dgn makcik lulu k…yang bakal berusia 6 thn isnin ni…
Hadiah??? Insyallah mama dpt gaji 1st mama nak belikan aleesya hadiah k..apa dia mama tak pasti lagi..tapi tak de la sampai mahal2 macam orang lain. Mama cuma dpt bagi ikut kemampuan mama je. Tapi mama tau kasih sayang mama dan papa yang tidak terhingga menjadi hadiah yang tak ternilai buat aleesya kan???
Mama masih ingat lagi kira-kira setahun yang lepas. Sewaktu aleesya nak dilahirkan. Pukul 1 sementara mama menunggu solat zohor mama rehat2 atas katil. Then mama rasa nak terkencing je. Lepas ke toile t mama baring lagi. Tiba2 mama rasa basah sangat2 kat atas katil. Mama terus bangun dan sekali lagi air keluar mengalir. Mama dah rasa yang aleesya dah nak keluar time tu. Tu la tanda air ketuban mama dah pecah.
Mama masih lagi relaks2..kemas2kan apa yang patut. Sebelum tu mama call papa..papa terus panic n terus balik. Sementara tunggu mama call wan plak..minta maaf kat wan kalo2 mama ada wat salah pape..then mama suruh wan sediakan nasi. Time tu puasa, mama takut mama tak larat pula.
Papa sampai rumah dia bole siap2 mandi. Then pegi rumah wan..mama makan dulu. Lepas tu terus ke hospital. Sampai hospital doc check dah 2cm bukaan. Terus mama kena tahan kat wad dulu sementara menunggu bukaan. Mama start sakit contraction pukul 6 ptg. Dan aleesya dilahirkan pada keesokan arinya 20 ogos 2010 pada jam 7.28 am.
Mama ingat lagi masa mama tgh dijahitkan oleh doctor. Papa masuk dan berkata “ayg, anak kita comel la” mama cuma mampu tersenyum sebab mama rasa lemah sangat2 masa tu.
Kehadiran puteri mama yang comel telah menambahkan lagi kebahagiaan buat mama n papa. Setiap hari melayan keletah anak mama ni membuatkan mama sentiasa bersemangat biar pun mama dan papa diuji dengan pelbagai ujian.
Esok genap la aleesya setahun. Kini aleesya dah pandai berdiri dan meniti. Setiap hari di opis mama sentiasa teringat kat aleesya. Tak ada 1 detik pun membuatkan mama lupa pada aleesya. Gambar aleesya jadi peneman setia di computer mama.
Selamat ulang tahun pertama sayang… mama sentiasa doakan anak mama supaya dipanjangkan umur, menjadi seorang anak yang solehah, bijak, cerdik dan menyayangi mama, papa dan semua org yg sayangkan aleesya. Mama sayang sangat2 pada aleesya. Muaaahhhhhh!!!
Monday, August 15, 2011
story of aleesya
Thursday, April 28, 2011
Resepi bubur aleesya
Friday, February 11, 2011
aleesya jalan-jalan...
hati ni teringin sgt nak bawa aleesya jalan2 kat aquaria..tp memandangkan papanya asyik malas je nak ke kl maka hasrat tu dibatalkan la..
CNY ari tu aku n suami cuti panjang juga...cuma sabtu dia kena keje..ahad dia cuti..bole plak kan??
khamis n jumaat tu aku duk umah je la...dgn suami skali..tak de ke mana pun...cadangnya nak relax2 je...
then ari ahad tu baru tergerak nak pi jalan2..mmg aku nak sgt pi aquaria tu..tp apa kan daya..pujukan aku tidak mampu memujuk suamiku utk ke sana..hehe..alasan dia..aleesya kecik lg..kang pi jalan kt aquaria bukan dia tau apa2 pun...pk2 balik betul gak..huhu..dia kata lg...syok kalo aleesya dah besar sikit bawa dia ke aquaria atau zoo...
tp demi memujuk ati aku yg sedikit merajuk..sang suami ajak ke ICT..sejak ICT dibuka aku tak penah pn ke sana..bygkan la..huhuhu....tp aleesya dah mengantuk n letih dah mlm tu...so muka pn monyok je...kat sana tak de pn gelak2..kecuali di agah baru la nak tersenyum sikit..




p/s : tak pe..tunggu aleesya besar sikit..papa janji nak bawa aleesya pi zoo or aquaria..
Wednesday, February 2, 2011
STOP KACAU KAMI!!!
Kenapa la kau tak henti2 nak kaco idup aku?? report polis dah dibuat...warning dari laki aku pn dah...kenapa kau masih tak paham2 bahasa2 lg...
Kau guna kan orang lain tuk dapat jumpa aku...sampai ko buat idup aku terseksa..dah bertahun2 ko masih tak paham bahasa lagi?? jangan kau fikir kau bole runtuhkan rumah tangga aku...
Dengan janji Allah, cinta kami kuat dan utuh...kami hadapi semua nya dgn tenang...megat memang sayangkan aku sangat2 sebab tu dia protect aku dari kau...
Sudah2 la tu...tolong la jangan kaco idup aku lagi..aku tak buat salah pun dengan kau...jangan sampai megat ilang kesabaran dia...teruk akibatnya nanti...
kita dah ditakdirkan tak de jodoh dan aku tak penah janji apa2 pun dengan kau...bercinta dgn kau pun tak pernah...kita cuma kawan dan tolong la faham makna kawan tu...
Friday, January 28, 2011
Aleesya dah meniarap!!!
mlm tadi dia berjaya lagi sekali..kali ni depan mata aku...
cuma bila dah terlalu lama dia jadi marah dan mula nak nanges...
nak terbalikkan diri sendiri balik dia tak berapa pandai...
pas tu mula la nak marah..hehehe...
ni plak hasil selepas dpt meniarap
Thursday, January 27, 2011
kepercayaan dulu-dulu
-fakta sains mana yg kata mcm tu?? lambat atau tidak baby bercakap tu bergantung pada baby tu sendiri...
2) mempercayai tangkap gambar 3 orang tidak boleh..salah sorg bole mati..
-astagfirullah...jodoh maut kan ditentukan Allah...kalo dah mmg ajalnya esok, tak de tangkap gmbr bertiga pun tetap akan mati...
3) jangan tanam uri anak jauh2 nanti anak akan dpt jodoh org jauh..
- ni lagi 1...jodoh tu kan Allah tentukan??takkan Allah tentukan jodoh seseorg tu berdasarkan kat mana uri ditanam???kalo mcm tu aku nak tanam uri anak aku kat london la..untung2 leh dpt menantu mat saleh kan??hehehe..
4) mandi bunga
- kalo mandi bertujuan untuk mendapatkan khasiat dari bunga2 tu sendiri dibolehkan..bunga pun byk khasiat tau...tapi kalo mandi bunga tuk tolak bala...tuk jadikan seri pada diri sendiri, itu dah jatuh hukum syirik...kan lagi bagus membaca ayat alquran...
dan banyak lagi la fakta yg agak mengarut...lagi 1 pasal lepas bersalin ni...ni fakta yg aku amik dr seorang doc...kredit to his blog >> http://drazwan.blogspot.com/2007/07/assalamualaikum-wbt.html
Berehat selepas bersalin amat dituntut. Ia amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum mengandung. Proses pemulihan ini memerlukan masa yang panjang dan juga sumber nutrien yang berkhasiat dari pemakanan yang seimbang. Tisu-tisu yang luka memerlukan protein yang cukup dari makanan. Bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu. Penghasilan susu ibu yang cukup lengkap khasiatnya tentulah dihasilkan daripada pemakanan ibu yang baik dan air yang cukup.
Kepercayaan orang-orang tua di dalam mengawal makanan dan air dengan begitu ketat kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah berlawanan daripada objektif yang telah saya sebutkan. Pemulihan tubuh tidak akan berhasil sekiranya kita makan jamu tradisional sahaja. Sekiranya makan ikan kering dengan nasi putih dan air setengah gelas, tiada sumber protein yang mencukupi untuk pemulihan badan.
Kemudian, tidak boleh pula makan buah-buahan kerana sejuk dan sebagainya. Air pula minum sedikit. Maka selepas itu masalah sembelit pula timbul sebab kurang makan makanan berserat dan kurang air. Kesian orang yang bersalin, dah lah luka sana luka sini, makan pun ikan kering, air kena catu, kena sembelit pulak tu. Bukan kesian pada ibu sahaja, yang anak juga menjadi mangsa. Kerana kurang air dan makanan berkhasiat, susu pun kurang terhasil. Maka anak pun terkena tempiasnya, terpaksa minum susu lembu.
pesanan ikhlas >>> jangan kerana nak sgt badan slim..anak tak cukup khasiat susu ibu...jangan kerana risau takut perut buncit, kita dpt penyakit...renung2kan la..dan selamat beramal...hehehe
walaupun aku akui aku agak berisi dan tembam selepas bersalin ni, tapi aku bersyukur aleesya dpt khasiat yg cukup..aleesya dpt susu aku walaupun aku terpaksa campur pada hari bekerja time siang..tp mlm dia dpt cukup susu aku...susu ibu ni tinggi khasiatnya dan sbnrnya baby takkan penah lapa sekiranya mendapat khasiat dr susu ibu....
soal badan kita bole buat balik lepas tu..skrg ni aku tgh cuba utk diet balik dan alhamdulillah mendatangkan hasil...
my baby aleesya (",) - 5 months
hobi dia skrg mmg suka berjalan..pantang kalo masuk kereta...tgh nangis pun bole berhenti..
kalo dlm kereta dia suka menyanyi2...kejap suara dia slow..kejap kuat...adeh..lawak dgn telatahnya..
pas tu hobi dia skrg ni suka melompat2..pantang kalo org dukung dia sambil duduk konpem dia melompat2...
siang aleesya dah susah nak tdo..tp kalo mlm tdo lama...kesian wan dia la...sbb siang wan nya yg jaga...mlm plak dia bunyi sikit je nak susu..aku sumbat susu aku dah senyap...hehehe...