Alhamdulillah..selepas dapat
keputusan yang sangat cemerlang pada SPM lepas..my lovely sis dpt tawaran ke
UIA. Memang UIA la impian dia…cuma course saja la bukan pilihan hati dia..dia
nak minta sains hayat kot..tp dpt sains fizikal. Tapi dgr citer seminggu kt
sana nnt bole tukar course.
Walaupun tak jauh, tinggal lah
mak n ayah berdua je kt umah nnt. Mujur lah ada aleesya. Aleesya pun konpem la
akan rindu kat maksu dia nnt. Itu lah pengasuhnya selepas wan dia..dan itu juga
lah teman gaduh dia. Hahaha… aleesya bila nak balik je dia akan jerit “acuuuuuuu”….sbb
nak salam.
Tapi kalo kenang2 balik antara
aleesya dgn maksu dia mmg kelakar. Teringat plak situasi aku slalu membuli yana
masa yana kecik. Itu yang yana duk balas dendam skrg ni. Hahahaha…
Siyes tak sangka adik ppn aku
sorg tu dah besau panjang…rasanya mcm baru je lagi aku dipanggil balik dari
sekolah agama…sbbnya mak aku nak bersalin. Pas tu aku n adik laki aku dihantar
ke umah wan aku kt ulu klang sementara ayah bawa mak ke hospital. Mmg tak
senang duduk dibuatnya. Rasa mcm tak sabar sgt2 sbb mak mmg tak scan jantina. Aku
mmg nak adik ppn..adik lelaki aku plak mengharapkan lelaki. Mujur berpihak ke
aku.
Aku terjaga dr tdur bila ayah aku
balik dan bgtau aku dpt adik perempuan. Wah seronok sungguh rasanya. Nak2 bila
ayah n mak bawa balik si yana tu…duk pk2 bila la nak besar..nak main2..duk
diam2 je mcm tak besh je rasa.hahaha
Then bila besar, teringat part
dia nak bergambar..mesti dia letak tapak tangan dia tu kat pipi..konon ala2
comel sgt la tu..huhuhu. ada 1 part yg masih segar dlm ingatan aku, bila aku
ikut kwn baik aku pi tadika temankan dia utk tgk adik dia buat persembahan. Aku
seret yana skali ikut aku and suap dia mihun.
Dan now, dia dah besar..dah nak
masuk 18 thn pun. Nak masuk UIA… (ni apahal mood aku tetiba mcm sebak plak
ni..berair mata plak tu) hahaha..tak lama lg abis belaja..pas tu kerja…pastu
kawen…pergh..kejap je kan masa berlalu..
Harap2 pas ni aku dpt tulis blog
mcm ni plak tuk aleesya..Insyallah..
Ok stop pasal maksu dia…nnt citer
lebih2 maksu dia perasan plak…But I proud of u yana. Siyes yana je la harapan
keluarga skrg. Belajar elok2 n jaga diri elok2 k…
No comments:
Post a Comment