Wednesday, December 12, 2012

Novel 9 nyawa by Ramlee Awang Murshid

Semalam tanggal 11 dec 2012, aku kebosanan duk umah dgn aleesya...
masak nasi n sup ayam tapi tak berapa nak menjadi...
sudahnya aku bawa aleesya pegi umah family aku...

lepas makan tgh ari aleesya pun tdo...
dan lepas aku main laptop yana jap, aku dah tak tau nak wat pe..

nampak novel yana pnya ni...tajuk dia 9 nyawa...ni bukunya...nampak tajuk mcm menarik..sbb byk novel2 asyik dgn kisah cinta kan..aku dah muak dah dgn kisah2 cinta ni...


so pada pdpt aku ok la best gak layan...

ni sipnopsis dr belakang buku tu :

Sinopsis:
INTAN SURYANI Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

yg lain2 baca la sendiri ek...(mood malas taip panjang2)..ada la beberapa kejutan yg tak disangka2 dlm citer ni....

kalo dibuat drama bersiri pn ok la kan...sbb ada watak yg nampak baik dr mula tp ending rupanya dia ni jahat...

kalo buat drama la kan..aku setuju kalo watak2nya seperti di bawah :-

Intan Suryani : Wawa Zainal (sbb suka tgk kecomelannya dan teringin nak tgk dia bawa watak berat mcm Intan Suryani ni..(Make sure dia ni tak takut kucing sbb nnt ada kena dkt dgn kucing)

Hakim : Erm...Kamal Adli (rasa mcm teringin nak tgk watak dia jadi buta)

Khairil : Nazim Othman (Boleh sesuai tuk jadi baik n jahat) - Khairil ni watak yg kita nampak baik dr mula rupanya jahat ujung2 nya..

Azizah : Nana Baharuddin (Leh jadi watak ibu yg penyayang dan ibu yg obses dgn keselamatan anak dia)

Dr David : Confuse sikit..sapa ek leh jadi watak dr cina last2 convert masuk Islam??

tu je la watak utama yg aku rasa novel ni leh bawa jadi drama bersiri...mesti menarik kan..then masuk dlm slot seram TV 3 tu...sbb mcm ada mistik2 skit citer ni...

3 comments:

  1. aku x penah baca novel ramlee ni tp thn 2008 dulu ada 1 drama slot samarinda diadaptasi dari novel dia. tajuk obsesi. time tu aku x tgk pon.. tp baru2 ni aku terjumpa kat online citer tu, aku layan laa dr episod 1.. mmg best gile weh.. citer tu buatkan kita tertanya2 & x sbr nak tgk episod seterusnya.

    btw, pelakon dia remy ishak & lisa surihani. time 2008 tu kita x kenal pon lg diorg berdua ni.. hihihi.. bestt!!

    ReplyDelete
  2. haaa...tu la...ko try baca 9 nyawa ni plak...
    pada aku dah best dah jalan citer tu...

    citer tu tak mcm citer2 melayu skrg..org jahat kita dah tau sapa jahat..yg ni kita tak tau pun org tu jahat sampai hujung cerita...

    lagi plak citer tu ada kejap2 flash back..so kena paham betul2 la...

    ReplyDelete
  3. Mcm citer obsesi tu laa... Mmg xdpt nak syak sapa jht... Semua org blh disyaki.. Eh better ko tgk :P

    ReplyDelete