Lama betul tak update blog ni...banyak sbnrnya benda yang bole diceritakan..tapi tak berkesempatan...
Puncanya sbb aku skrg tgh bz teramat sgt...projek company dah nak due date..so bos mmg push semua staff keje lebih masa...sometimes aku dtg gak keje sabtu ahad..kdg2 kalo tak sempat dtg sabtu ahad aku akan buat kerja dari rumah je...
So disebabkan stress kerja ni la akhir2 ni aku kerap tak sehat...especially migraine..dah lama tak kena migraine yg teruk sehingga lah baru2 ni...2 ari mc..dtg kerja pn senyap sepi...rasa mcm nak hantuk2 pala ni kat dinding...nak mc lg..kesian kat bos..lg pn nnt bos stress tgk staff2 dia ramai mc..dah la projek tgh keadaan nazak skrg ni...
bila kena migrain ni aku mmg tak lalu nak buka komp..mata aku jadi sakit bila tgk komp...tapi mcm ne..kerja aku pn dah mmg kena hadap komp..so aku hanya akan hadap komp ni bila kena buat kerja je...tapi mmg sakit la..rasa mcm nak muntah..sampai duk pk la dlm hati ni mcm2..terpk gak aku kena sakit bukan2..haha..mohon2 dijauhkan Allah...semoga dipanjangkan umur aku utk melihat puteri kesayangan aku tu membesar dan jadi insan yang berguna dan solehah..Amin...
mcm skrg ni pn migrain masih ada skit..tp kira ok la dr last week..bole la nak hadap komp kejap2..update blog (supaya ada org tau perkembangan aku..nape aku menyepi..senyap..eh! ada ke org nak tau ni???hahaha)...kat opis pn bole la gelak2 skit..kalo masa sakit teruk ari tu mmg aku tak amik tau sgt perkembangan terkini pasal2 opis ni..nak gelak bila member2 opis buat lawak pn rasa tak lalu...
tapi, start semlm aku dah mula demam pulak...selsema pn ada..perit tekak pn ada..pergh..mmg 3 in 1 sungguh...selsema tu yg aku tak tahan..sbb asyik terbersin2..sudahnya nak masuk meeting pn tak lalu..asyik bersin2 je...mujur bos tak kisah aku tak masuk...
tapi ye la..sakit ni salah satu cara penghapus dosa...semoga dosa2 aku ada yg diampunkan...(biasa la..manusia biasa mana tak buat silap kan?)
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 3, 2012
email yang kena hack...
since dari early last week kot..email ku dah tak leh guna..try tukar password pn tak leh...
email zue.reena@gmail.com masih dlm proses utk pemulihan..
so sementara for those yg nak anta email tu bole email ke reena2406@gmail.com ye...
TQ
email zue.reena@gmail.com masih dlm proses utk pemulihan..
so sementara for those yg nak anta email tu bole email ke reena2406@gmail.com ye...
TQ
Wednesday, May 16, 2012
about my sis
Alhamdulillah..selepas dapat
keputusan yang sangat cemerlang pada SPM lepas..my lovely sis dpt tawaran ke
UIA. Memang UIA la impian dia…cuma course saja la bukan pilihan hati dia..dia
nak minta sains hayat kot..tp dpt sains fizikal. Tapi dgr citer seminggu kt
sana nnt bole tukar course.
Walaupun tak jauh, tinggal lah
mak n ayah berdua je kt umah nnt. Mujur lah ada aleesya. Aleesya pun konpem la
akan rindu kat maksu dia nnt. Itu lah pengasuhnya selepas wan dia..dan itu juga
lah teman gaduh dia. Hahaha… aleesya bila nak balik je dia akan jerit “acuuuuuuu”….sbb
nak salam.
Tapi kalo kenang2 balik antara
aleesya dgn maksu dia mmg kelakar. Teringat plak situasi aku slalu membuli yana
masa yana kecik. Itu yang yana duk balas dendam skrg ni. Hahahaha…
Siyes tak sangka adik ppn aku
sorg tu dah besau panjang…rasanya mcm baru je lagi aku dipanggil balik dari
sekolah agama…sbbnya mak aku nak bersalin. Pas tu aku n adik laki aku dihantar
ke umah wan aku kt ulu klang sementara ayah bawa mak ke hospital. Mmg tak
senang duduk dibuatnya. Rasa mcm tak sabar sgt2 sbb mak mmg tak scan jantina. Aku
mmg nak adik ppn..adik lelaki aku plak mengharapkan lelaki. Mujur berpihak ke
aku.
Aku terjaga dr tdur bila ayah aku
balik dan bgtau aku dpt adik perempuan. Wah seronok sungguh rasanya. Nak2 bila
ayah n mak bawa balik si yana tu…duk pk2 bila la nak besar..nak main2..duk
diam2 je mcm tak besh je rasa.hahaha
Then bila besar, teringat part
dia nak bergambar..mesti dia letak tapak tangan dia tu kat pipi..konon ala2
comel sgt la tu..huhuhu. ada 1 part yg masih segar dlm ingatan aku, bila aku
ikut kwn baik aku pi tadika temankan dia utk tgk adik dia buat persembahan. Aku
seret yana skali ikut aku and suap dia mihun.
Dan now, dia dah besar..dah nak
masuk 18 thn pun. Nak masuk UIA… (ni apahal mood aku tetiba mcm sebak plak
ni..berair mata plak tu) hahaha..tak lama lg abis belaja..pas tu kerja…pastu
kawen…pergh..kejap je kan masa berlalu..
Harap2 pas ni aku dpt tulis blog
mcm ni plak tuk aleesya..Insyallah..
Ok stop pasal maksu dia…nnt citer
lebih2 maksu dia perasan plak…But I proud of u yana. Siyes yana je la harapan
keluarga skrg. Belajar elok2 n jaga diri elok2 k…
Sunday, May 13, 2012
Mama bersuka ria (ye ke?)
Agak lama dah la benda ni berlaku...
Aku yg dah lama tak pegi tgk wayang (lebih kurang 2 thn kot),
finally pegi gak tgk wayang.
Cuma kali ni bukan dgn hubby n anak aku la..
Aku pi dengan kwn2 n bos aku sorg...hahaha
Ni semua dari "hasutan" dorg la ni...katanya nak celebrate Hari Pekerja
Mula2 berat la nak pegi..sebab plan dorg nak pi CBC
C - Dinner kat chilis
B - Bowling
C - Cinema (tgk wayang la kan)
so konpem la balik lambat...sbb dorg plan nak tgk midnight..
aku duk pk kan aleesya je..rasa mcm tak best aku duk enjoy tapi tinggalkan aleesya...
Lama gler aku nak pk nak pi ke tak..mkn hari juga..
ye la..pk kan aleesya pn 1 hal..pk kan duit gak..igt mkn kt chilis tu murah2??
rupa2 nya ada org nak banjer ari tu..hahaha..dah up sikit la percent nak pi..
tp hati tu still berat gak nak tinggalkan aleesya..
bukan aku tak caya dgn papa nya..tapi aku tak nak hati ku duk risau je..
Last2 hubby aku bg jalan penyelesaian..
hantar je dia n aleesya pi umah mak dia..
lagipun hubby aku ckp..time ni la aku nak rehat kan diri..
kuar dgn kwn2..lepak2...tanpa pk kan apa2
dah ada org nak belanja kan (bak kata laki aku la..)
then aku pn bagi keputusan tuk pegi gak...
baru la bos aku leh booking tiket wayang..semua gara2 aku lmbt book..hahaha
ceh..bos la konon...haha..tp dia mmg bos aku pn..dah anggap mcm geng2..
so aku pn pegi la..mula2 igt nak senang kan hati..
tapi siapa kata aku bole senangkan hati?? hahahaha
sikit2 aku tgk hp..mlm tu ada la 4 kali kot aku kol..
sampai laki aku bg msg.."tak yah la riso2..aleesya ok je"
eh..lain kali citer..citer skali dgn gmbr..daaaaa
Thursday, April 19, 2012
Aleesya Yang Suka Hisap Jari
Tabiat hisap jari ni memang sinonim dgn aleesya since dia
dalam pantang lagi. Masa dlm pantang ramai terkejut aleesya hisap jari. Kenapa?
Aku pun tak berapa pasti mula2. Tapi bila aku tanya kat pakcik google baru aku
tau sebab kebanyakan baby hisap jari pada usia 3 bulan ke atas. Aleesya plak
dlm pantang dah pandai hisap jari.
Aku memang tak suka bagi aleesya pacifier (puting palsu) ni.
Sebab dalam keluarga aku sorg pun tak de yg hisap puting. So aku mmg pantang
sgt2 bab2 puting ni. Maybe sebab aku tak suka tgk anak aku nyonyot puting je. Keluar
pegi jalan pun duk nyonyot puting. Lagipun aku penah gak baca hisap puting ni
bole menyebab kan baby senang kena kembung perut. Ye la..puting kosong kan for
sure la angin je dlm tu. Dan Alhamdulillah aleesya tak penah sekali pun kena
kembung perut.
So bila aleesya lebih suka hisap jari aku tak de la masalah
apa2. Aku lebih prefer aleesya tak hisap dua2..puting atau pun ibu jari. Tapi antara
dua aku lebih rela dia hisap jari. Cuma lama kelamaan memang ada benjolan la
kat ibu jari dia tu. Dia plak hisap sekali pakej dgn gigit2 kan. Tu yg jadi mcm
luka sikit.
Pernah tanya doctor pasal benda ni and
doctor kata tak pe. Bila besar dia akan hilang MELAINKAN tabiat dia tu
berlarutan sampai ke umur 4 tahun ke atas. Kata doc kelakuan ini adalah normal. Tabiat ini akan berkurangan
apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan
hilang apabila bayi makin meningkat usia.Pakar juga ada
mengatakan :-
Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85% hingga 99% kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Pakar kanak-kanak juga bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun.
Pakar juga mengatakan bila baby hisap jari BUKAN bermakna
baby tu lapar. Tapi ada baby hisap jari untuk berasa tenang. Atau pun bila dia
rasa bosan atau pun penat.
Tapi dalam kes aleesya ni, dia hisap jari memang masa dia
nak susu je. Automatic dia akan amik bantal kesayangan dia tu and terus hisap
ibu jari. So aku paham la tanda2 dia nak susu. Dan satu lagi masa dia nak
tidur. Bila dia dah lena aku akan kuarkan ibu jari dia tu slow2. Cuma bila dia
terjaga mmg terus ibu jari dia tu dlm mulut la jwbnya.huhuhuhu…
So, mama tak de la riso bila aleesya hisap jari. Cuma mama
nak control sikit ye sayang. Aleesya dah nak masuk 2 tahun, so mama kena la
make sure tabiat hisap jari tu takkan berlarutan. J
Friday, April 6, 2012
MegatReen (28 March 2009 - Forever)

Alhamdulillah...dah 3 tahun aku dan megat bergelar suami isteri dan dah 3 tahun juga la aku n megat duduk di bawah 1 bumbung...
3 tahun macam2 cerita yg dah kami lalui...ada yg suka..ada yg duka..benar kata org, 5 tahun pertama perkahwinan adalah tahun yg getik utk pasangan suami isteri. Sabar dan sentiasa saling membantu itu je yang bole buatkan sesuatu perkahwinan tu kekal lama..
Tipu la kalo aku kata aku n megat bahagia sepanjang masa. Lumrah suami isteri mesti ada pasang surutnya..sedangkan lidah lagi tergigit kan? ada masa dugaan yg dtg itu hanya sebesar zarah..dan ada masa dugaan itu dtg sebesar2 alam..tapi Alhamdulillah kami masih bersama dan menyintai antara satu sama lain...
Semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmatiNya..dibawah lindunganNya...dan sentiasa di harum kan dgn perasaan cinta dan kasih dlm hati kami..Amin...
B...ayg syg sgt2 kt b..dunia n akhirat..syg kt aleesya..aleesya menguatkan lagi kasih antara kita.
terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ayg, menjadi sebahagian dari hati ayg..dan menjadi sebahagian dari jiwa ayg...love u so much.. :)
Tuesday, March 13, 2012
Kejam! Pembunuhan Dirang
Berita hot skrg berita pembunuhan dirang atau Nurul Nadirah Abdullah yang dibakar sampai rentung!
Sangat2 sedih..kejam..tak berhati perut...sgt2 tak bole dimaafkan..
Tapi aku paling sedih tentang kecuaian ibu dia...mmg la org ckp ajal maut ketentuanNya..
cuma penyebabnya adalah perkara paling remeh yg aku mmg susah nak terima..
ibu dia leka main facebook!!..
sanggup dia biarkan anak dia pegi kedai seorg diri...anak dia kelaparan..then minta kt ibu nak mkn..dan sang ibu plak gara2 leka bermain facebook sanggup biarkan anak pegi seorg diri..bekalkan rm4 dan note "megi 2 bungkus telur rm2"...tak terkata...
maybe sbb aku dari kecik sampai la sblm berumah tangga..aku dikawal rapi oleh mak ayah...mcm adik aku skrg ni pn..kalo nak pi mana tak de org dewasa jgn harap la dpt keluar..anta balik konpem ada org dewasa..
MALANG TAK BERBAU! betul!..mmg tepat..tapi bygkan la kalo kita berada kt tmpt ibu dia..mesti menyesal tak sudah kan??hanya krn facebook anak yg dikandung..dilahirkan sendiri..dibesarkan selama 5 thn..hilang...HANYA KERANA FACEBOOK!!!! mesti dlm hati..
"alangkah bagusnya kalo aku tinggalkan facebook 15 min dan masak tuk dirang, mesti benda ni takkan berlaku"
ni pendapat aku..dan aku mmg tak bole terima..kalo sbb yg mmg tak bole dielakkan..atau sebab2 yg bole diterima akal..aku bole terima..ingatlah..anak itu amanah Allah...kita kena jaga biarpun dgn nyawa kita skalipun...hopefully benda ni jd pengajaran utk semua dan paling penting utk aku..agar aku sentiasa menjaga amanah Allah yg diberikan pada aku...Amin..
Al Fatihah untuk dirang..tempat dia sah disyurga...mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..cuma aku still tak bole terima puncanya...even tu bkn anak aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)
