Thursday, November 26, 2009

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.

2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)

3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)

4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.

5. STD atau penyakit seksual yang menular.

p/s : kredit to http://www.syokkahwin.com

Kesuburan dan berjimak...

Bagaimana meningkatkan kesuburan?

*Elakkan makan makan daging merah ( cthnya daging lembu, kambing,rusa dll. )
*Elakkan makan makanan dari tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll produk tenusu ).
Tetapi, ini haruslah digantikan dengan meminum susu soya.
*Elakan minum kopi dan teh. Ini kerana caffeine di dalamnya akan menyebabkan
pengurangan kesuburan sebanyak 50%.
*Tenangkan jiwa senang tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila tenang, badan kita pun
tenang.


CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

p/s : kredit to http://www.syokkahwin.com

Wednesday, November 25, 2009

Diet!!!

wah...tetiba citer sal diet kan?? aku akui yg berat badan aku mmg senang nak naik and susah sgt nak turun..so nak tak nak aku kena la usaha lebih sikit..selalunya berat aku antara 53kg - 55kg je...sebelum kawen berat aku mmg 54kg..kdg2 naik sikit jd 55kg...

dulu aku penah cecah sampai 65kg..pergh..bygkan la..tp masa tu aku solo..tak de sapa2...hehehe..lepas aku jumpa hubby aku dan dia ajar aku mcm ne nak diet...berat aku turun ke 52kg terus...pas tu naik sikit...paling tinggi pun 55kg la..kdg2 turun balik...

sampai la masa aku pas kawen...aku pregnant...berat aku naik mendadak sampai 6kg...pergh...masa lepas kawen je berat aku naik dr 55kg ke 61kg...bygkan la...

so aku amik keputusan tuk diet balik lepas aku keguguran ari tu...dan alhamdulillah sebulan lebih diet...berat aku dah turun ke 58kg...turun 3kg...syukur alhamdulillah..dan aku berazam tuk turun kan balik sehingga 53kg...sebelum aku pregnant balik..sbb apa....sbb aku tak mo dgn berat aku skrg aku peknen lg bertambah2 berat aku...lg susah nak diet...

alhamdulillah dgn diet yg aku amalkan ni...aku tak perlu susah2 payah nak beli ubat mahal2..mmg kena usaha lebih..tp yg penting dgn cara yg sehat...

berikut adalah bbrp amalan yg aku amalkan masa diet...maybe bole tiru...tp ikut ketahanan badan masing2...yg penting jgn menyeksa diri...

1) aku elakkan makan nasi lemak, fast food and makanan yg kolestrol and lemak tinggi...kalo fastfood pun aku mkn sebulan skali je..mcm tu gak dgn nasi lemak..aku lebihkan makan nasi dgn sup @ ikan bakar

2) pagi biasanya aku suka mkn hotdog rebus dgn roti n air buah..aku suka vitagen

3) tgh ari aku jrg mkn...sbb aku malas kuar..plus kantin kt opis tah apa2 makanan...so aku suka mkn biskut..biskut favourite aku tiger susu atau biskut jacobs...kalo lapar aku suka kunyah ulang2....

4) bila balik dr opis aku akan cari nasi atau makanan berat...lg senang aku terus masak tuk mkn mlm...aku makan dulu..biasanya aku akan pastikan aku mkn sblm kul 8 mlm...

5) byk kan minum air suam...aku suka minum air suam waktu :-

- pagi lepas mandi
-pagi lepas siap2 makeup
-sampai kt opis
-lepas breakfast
-11 pagi hingga 5.30 ptg sekurang2 nya 3 gelas
- sampai umah
- lepas mkn mlm
-sblm tdo dlm 2 gelas

6) elakkan minum air gas...(yg ni aku payah sikit) hehehe

7) jgn minum air berulang2 time tgh makan...biasakan diri minum air at least setgh jam pas mkn..paling2 cikai pun 15 min lepas mkn baru masuk air..

8) aku wat sit up ari2...pagi skali..ptg skali...dulu aku wat 50 pagi 50 ptg..skrg aku wat 100 pagi and 100 ptg...

9) seminggu 2 kali pi aerobik

10) ujung mggu ajak hubby pi jogging...

so tu je la cara aku...ikut pada masing2 la..sbb ikut ketahanan daya badan masing2...

TAPI AWAS!!! JANGAN DIET SEHINGGA MENYEKSAKAN DIRI ANDA....

diet adalah utk kesihatan dan kecergasan badan kita...bukan utk menyeksa kan diri kita semata2 utk kelihatan cantek...


Tuesday, November 17, 2009

hye korg...

hye kwn2...tak tau la nape malas sgt nak update blog..malas nak taip panjang2..huhu...

tak de aktiviti yg nak dilaporkan..sbb my hubby bulan ni keje dr kul 11 pg - 8 mlm..
pas abis keje dia pi gym plak..kul 10 lebih baru sampai umah...
mmg agak boring la..sbb tinggal sorg2 kan...nak wat mcm ne..suami pegi mencari rezeki..
dia plak cuti seminggu sehari je..mcm bulan ni dia cuti ari sabtu je..so mmg ari ahad tu la
paling memboringkan skali... =((

so balik umah rutin harian..kdg2 singgah umah mak dulu..dlm kul 8 lebih baru lik umah..
standby tuk masak..pas masak..kalo ada keje umah kena buat...buat la dulu sementara tunggu
hubby lik..kalo tak...main ps2 ke..tgk tv ke..huhu...

oh ya..insyallah bulan 1 ni..aku akan samb belaja..kt UM..amik course exec dip in office management and personnel admin....mmg aku dah ada dip in it...tp sbb aku keje skrg ni tak de kena mengena dgn it...so aku decide aku nak amik dip ni..tp ni bkn sbrg dip..tp exec dip...
lgpun 13 bulan je..yuran pun leh byr pakai kwsp je....
insyallah kalo aku samb ni...aku nak belaja betul2..aku tak mo belaja main2 masa zaman skola dan zaman kolej....dan kalo leh aku nak samb degree plak pas tu..sbb masa aku pi taklimat ari tu..dorg ckp aku leh samb degree kt bbrp U terpilih dlm tempoh 2 thn stgh je...dlm exec degree plak....

aku samb belaja ni coz nak upgrade kan kerjaya aku...mcm skrg ni aku leh je nak pi bidang yg tinggi..cuma aku tak de sijil ke arah bidang yg aku cebur skrg je..kalo nak jd PA atau secretary..dip in IT tu tak brp leh nak pakai la..huhu...

apa pun aku harap aku mampu membuatnya..and wish me good luck!!!

Monday, October 26, 2009

ketam masak lemak cili api...

ari ahad ari tu pi pasar..beli ketam..plan2 nak suh mak masak...
lupa plak mak,ayah and adik aku pi trg...ari ni baru balik...
so aku cuba try and error gak la masak ketam tu...
gmbr tak de..sbb kamera tak de... :(

Ketam masak lemak cili api

Bahan-bahan :-

1) ketam yg dah siap di siang (aku siang sendiri tu..hehe) - tak kisah brp ekor
2) santan (terpulang pada brp ekor ketam dan brp byk nak masak
3) bawang merah, bawang putih, cili api (ikut suka nak pedas ke tak..aku letak 20 tangkai)
- 3 bhn di atas ditumbuk hingga hancur bersama dgn serbuk kunyit
4) serai
5) garam dan pak aji secukup rasa..

cara memasak :-

1) panaskan periuk dah tuang myk sikit..
2) tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau...
3) masukkan santan dan tambah air sikit kalo pekat..
4) masukkan pulak serai
5) masukkan ketam dan tunggu hingga betul2 mendidih dn masak
6) akhir skali masukkan plak garam dan pak aji secukup rasa..

tadaaaa...dah siap....komen laki aku...sedap sgt2..sampai dia pi citer kt mak dia..hehe

ari sabtu yg besh!!!

sabtu yg lepas (24hb) aku dpt keizinan dr laki aku pi kuar dgn kwn2...
seawal kul 8 pg aku dah kuar..sbb nak pi servis keter...then siap kt kul 12...
pergh...janji dgn member aku mira nak pickup dia kul 12.30...dr shah alam ke kelana jaya
leh ke aku sampai tepat pada masanya...huhuhu...pecut punya pecut..kul 12.35 pm gak aku
sampai...kira bole la kan???hehehe

lepas amik mira...kita org gerak ke sg besi...aku sbnrnya tak mahir langsung jalan ke sg besi tu..
so main redah je la...tp kan..sbb aku bawa org ngandung...aku tak leh laju2 mcm aku bawa sorg2..
biasa 120 atau 130 km/j..tp aku cuba gak la bawa bawah 100 km/j...hehehe...

sib baik ada lyza..dia sanggup pickup aku kt IMU sbb aku dah tahap sesat...then kita org gerak ke petronas area bukit jalil nun...tunggu si betty and suami dia...

dlm kul 1.30 dah sampai ke wedding sarah...pas mkn2..kita org gedik2 plak menangkap gmbr...selain tu gedik2 sibuk amik bunga telur sarah...tp ketuanya si tieka tau..muahaha..

kul 3 lebih baru sampai ke umah adc sbb dia wat kenduri cukur jambul n akikah anak dia plak..
anak dia sgt comey...membuatkan aku plak tak sabor2 nak peknen balik...hehehe...
oh ya..aku plak ditugaskan tuk kumpul duit geng2 dak itam and beli hadiah tuk anak adc..baby rissa...pas bincang2..jumaat lepas aku beli PLAYGYM kt pyramid....

kul 5 lebih tu kita org chow balik...sampai umah kul 6 lebih..5 minit pas tu laki aku plak balik..
then awal2 aku dah ckp..aku tak larat nak masak...so mkn kt luar je la mlm tu..lg plak aku dah kenyang mkn kt wedding sarah and umah adc...

yg pastinya besh gler dpt jumpa dorg sumer..lupa kejap aku ada laki..muahaha

Wednesday, October 14, 2009

kenapakah??

kenapakah aku malas nak update blog??
malas gler tak terkata...
nnt la ek aku cuba merajinkan diri balik..hehe