Friday, August 19, 2011

Aleesya bakal berusia setahun 20 Ogos 2011

Esok hari jadi Aleesya…Happy Birthday yang pertama buat buah hati mama Puteri Aleesya Damia Binti Megat Norizal.

Planning nak buat besday party ke mmg tak de la..1st out of budget. 2nd bulan puasa kan???

So mama berhajat untuk sambut besday aleesya kat umah moyang aleesya je kat Ulu Klang. Celebrate sama2 dgn makcik lulu k…yang bakal berusia 6 thn isnin ni…

Hadiah??? Insyallah mama dpt gaji 1st mama nak belikan aleesya hadiah k..apa dia mama tak pasti lagi..tapi tak de la sampai mahal2 macam orang lain. Mama cuma dpt bagi ikut kemampuan mama je. Tapi mama tau kasih sayang mama dan papa yang tidak terhingga menjadi hadiah yang tak ternilai buat aleesya kan???

Mama masih ingat lagi kira-kira setahun yang lepas. Sewaktu aleesya nak dilahirkan. Pukul 1 sementara mama menunggu solat zohor mama rehat2 atas katil. Then mama rasa nak terkencing je. Lepas ke toile t mama baring lagi. Tiba2 mama rasa basah sangat2 kat atas katil. Mama terus bangun dan sekali lagi air keluar mengalir. Mama dah rasa yang aleesya dah nak keluar time tu. Tu la tanda air ketuban mama dah pecah.

Mama masih lagi relaks2..kemas2kan apa yang patut. Sebelum tu mama call papa..papa terus panic n terus balik. Sementara tunggu mama call wan plak..minta maaf kat wan kalo2 mama ada wat salah pape..then mama suruh wan sediakan nasi. Time tu puasa, mama takut mama tak larat pula.

Papa sampai rumah dia bole siap2 mandi. Then pegi rumah wan..mama makan dulu. Lepas tu terus ke hospital. Sampai hospital doc check dah 2cm bukaan. Terus mama kena tahan kat wad dulu sementara menunggu bukaan. Mama start sakit contraction pukul 6 ptg. Dan aleesya dilahirkan pada keesokan arinya 20 ogos 2010 pada jam 7.28 am.

Mama ingat lagi masa mama tgh dijahitkan oleh doctor. Papa masuk dan berkata “ayg, anak kita comel la” mama cuma mampu tersenyum sebab mama rasa lemah sangat2 masa tu.

Kehadiran puteri mama yang comel telah menambahkan lagi kebahagiaan buat mama n papa. Setiap hari melayan keletah anak mama ni membuatkan mama sentiasa bersemangat biar pun mama dan papa diuji dengan pelbagai ujian.

Esok genap la aleesya setahun. Kini aleesya dah pandai berdiri dan meniti. Setiap hari di opis mama sentiasa teringat kat aleesya. Tak ada 1 detik pun membuatkan mama lupa pada aleesya. Gambar aleesya jadi peneman setia di computer mama.

Selamat ulang tahun pertama sayang… mama sentiasa doakan anak mama supaya dipanjangkan umur, menjadi seorang anak yang solehah, bijak, cerdik dan menyayangi mama, papa dan semua org yg sayangkan aleesya. Mama sayang sangat2 pada aleesya. Muaaahhhhhh!!!

No comments:

Post a Comment