Thursday, January 27, 2011

kepercayaan dulu-dulu

1) baby tak bole tgk cermin...nanti dia lambat bercakap...
-fakta sains mana yg kata mcm tu?? lambat atau tidak baby bercakap tu bergantung pada baby tu sendiri...
2) mempercayai tangkap gambar 3 orang tidak boleh..salah sorg bole mati..
-astagfirullah...jodoh maut kan ditentukan Allah...kalo dah mmg ajalnya esok, tak de tangkap gmbr bertiga pun tetap akan mati...
3) jangan tanam uri anak jauh2 nanti anak akan dpt jodoh org jauh..
- ni lagi 1...jodoh tu kan Allah tentukan??takkan Allah tentukan jodoh seseorg tu berdasarkan kat mana uri ditanam???kalo mcm tu aku nak tanam uri anak aku kat london la..untung2 leh dpt menantu mat saleh kan??hehehe..
4) mandi bunga
- kalo mandi bertujuan untuk mendapatkan khasiat dari bunga2 tu sendiri dibolehkan..bunga pun byk khasiat tau...tapi kalo mandi bunga tuk tolak bala...tuk jadikan seri pada diri sendiri, itu dah jatuh hukum syirik...kan lagi bagus membaca ayat alquran...

dan banyak lagi la fakta yg agak mengarut...lagi 1 pasal lepas bersalin ni...ni fakta yg aku amik dr seorang doc...kredit to his blog >> http://drazwan.blogspot.com/2007/07/assalamualaikum-wbt.html


Berehat selepas bersalin amat dituntut. Ia amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum mengandung. Proses pemulihan ini memerlukan masa yang panjang dan juga sumber nutrien yang berkhasiat dari pemakanan yang seimbang. Tisu-tisu yang luka memerlukan protein yang cukup dari makanan. Bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu. Penghasilan susu ibu yang cukup lengkap khasiatnya tentulah dihasilkan daripada pemakanan ibu yang baik dan air yang cukup.

Kepercayaan orang-orang tua di dalam mengawal makanan dan air dengan begitu ketat kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah berlawanan daripada objektif yang telah saya sebutkan. Pemulihan tubuh tidak akan berhasil sekiranya kita makan jamu tradisional sahaja. Sekiranya makan ikan kering dengan nasi putih dan air setengah gelas, tiada sumber protein yang mencukupi untuk pemulihan badan.

Kemudian, tidak boleh pula makan buah-buahan kerana sejuk dan sebagainya. Air pula minum sedikit. Maka selepas itu masalah sembelit pula timbul sebab kurang makan makanan berserat dan kurang air. Kesian orang yang bersalin, dah lah luka sana luka sini, makan pun ikan kering, air kena catu, kena sembelit pulak tu. Bukan kesian pada ibu sahaja, yang anak juga menjadi mangsa. Kerana kurang air dan makanan berkhasiat, susu pun kurang terhasil. Maka anak pun terkena tempiasnya, terpaksa minum susu lembu.


pesanan ikhlas >>> jangan kerana nak sgt badan slim..anak tak cukup khasiat susu ibu...jangan kerana risau takut perut buncit, kita dpt penyakit...renung2kan la..dan selamat beramal...hehehe

walaupun aku akui aku agak berisi dan tembam selepas bersalin ni, tapi aku bersyukur aleesya dpt khasiat yg cukup..aleesya dpt susu aku walaupun aku terpaksa campur pada hari bekerja time siang..tp mlm dia dpt cukup susu aku...susu ibu ni tinggi khasiatnya dan sbnrnya baby takkan penah lapa sekiranya mendapat khasiat dr susu ibu....
soal badan kita bole buat balik lepas tu..skrg ni aku tgh cuba utk diet balik dan alhamdulillah mendatangkan hasil...

4 comments:

  1. blog kena create kan tuk like la aku rasa..sbb ko mmg suka bab2 like ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. hmmm ,,, mane dpt font nih aek ? cantek la ,,,

    ReplyDelete
  3. ubah2 setting kat design..tup2 dpt font ni

    ReplyDelete